KORAN FOR FREE

INTRODUCTION
Koran is the words of Allah, The Only God through the medium Gabriel to His Prophet, Muhammad SAW. It is to deliver to all mankind from various race and skin colour.

PURPOSE OF KORAN
In order to be guidance to all of mankind’s life
To know the concept of The Only God to be worship
To give a lead to truth orientation
To distinguish truth matter or mislead
To express that Islam is a religion who posit tranquility instead of terrorism

KORAN FOR FREE is to friends who is non muslim all over the world whether those religious Christian, Budha, Hindu, Taoism, Ateis, Free-Thinker, Bahai, Qadiyani, Sikh and etc. Here is a present from to me to friends.

You must know Islam from the true source then you will know what is actually Islam. Then you could sum up what is actually Islamic religion and what is The Only God’s concept in Islam.

You could not make out Islam only from seeing his believer since there are a few of believer who is deviating and hypocrite. Look and study Koran as the main referral source.

Islamic did not posit terrorism, instead Islam is a religion of unity, tranquility and love.

To know and muck-raking Islam you must read the overall content of Koran. Then you will know whom is God actually and is it true Islam organise terrorism.

To get this KORAN FOR FREE please email your name and full address to kapten_resources@yahoo.com or http://www.algitaal.blogspot.com/.


READY TO BE FRIEND

CAPTAIN M. RAPI M. NOR

MALAYSIA

Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita*


Serangan pemikiran Barat terhadap Islam juga merangkumi persoalan aurat wanita. Mereka menganggap kadar aurat yang dinyatakan oleh nas-nas Islam telah mengongkong kebebasan wanita. Cara yang terbaik bagi mereka ialah wanita diberi kebebasan dalam menampilkan tubuh mereka yang merupakan asset besar bagi diri wanita itu sendiri.

Malangnya terdapat di kalangan umat secara sedar ataupun tidak, sedikit sebanyak termakan dengan serangan mereka. Mereka berpendapat bahawa rambut wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal ! Na’uzubillah…..!

Perjuangan menentang hijab berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya hijab punca kemunduran dunia Islam.

Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki. (Lihat al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, hlm. 273).

Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’ : “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat.

Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan : “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaanya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk ister-isteri Rasulullah s.a.w. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Begitulah beberapa fahaman dari insan yang mengaku sebagai penganut agama Islam, tetapi mengeluarkan perkataan-perkataan yang amat merbahaya dari segi akidah Islam. Mereka menerima apa sahaja yang didatangkan dari Barat.

Sebagai orang Islam kita perlu menapis apa yang didatangkan dari Barat dengan tapisan Islam. Islam mengakui dan tidak menolak kemajuan. Bahkan kemajuan yang dinikmati di Barat adalah cedukan dari kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu.

Bukan semua yang ada di Barat ditolak dan bukan semua yang ada di Barat diterima bulat-bulat. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untuk segala tempat dan zaman. Kaedah syara’ yang menyatakan bahawa ‘tidak dinafikan perubahan fatwa dengan perubahan zaman’. Tetapi hendaklah dibezakan bahawa di dalam ajaran Islam ada perkara yang tetap dan ada perkara yang berubah.




*Sila rujuk Kitab Rahsia Untuk Umat Islam.

PERJUANGAN FEMINISME : PERJUANGAN SIAPA?*

Firman Allah Taala yang bermaksud : “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum wanita itu) ialah untuk menerangkan (syariat-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 26)

Dalam dunia Islam, terutamanya di negara-negara membangun seolah-olah terdapat ketidakpuasan hati bagi segolongan wanita. Mereka telah berfahaman bahawa wanita telah dikongkong, ditindas serta tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Selain daripada serangan pemikiran kepada menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan menghilangkan perbezaan yang menjadi benteng antara jenis, mereka juga berusaha ke arah menggalakkan wanita dalam bekerja pada setiap bidang.

Serangan pemikiran ini dinamakan ‘FEMINISME’ di mana lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini kebanyakannya didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi.

Mereka begitu tertarik dengan gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat kepada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara wanita dan lelaki.

Dari satu segi gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak serta kehilangan idealisma dan hala tuju. Daripada segi yang lain gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.

Tapi dari manakah pemikiran, agenda dan slogan mereka ini diceduk ? Dan ini yang perlu kita fahami sebenar-benarnya. Pemikiran ini timbul dari doktrin Islam Liberal yang mempunyai 5 falsafah, iaitu :

1. Sekularisme

Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.

2. Pluralisme Agama

Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada Tuhan Yang Satu. Perbezaanya hanya pada cara sampai kepada Tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

3. Kritis Al-Qur’an Edisi Baru

Al-Qur’an yang ada perlu diperbetulkan kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis.

4. Hermeneutika

Pentafsiran semula al-Qur’an menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana Bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari ayat-ayat yang salah. Teks al-Qur’an perlu dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Mengikut kaedah pentafsiran ini, teks al-Qur’an tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ia mungkin mengandungi kesilapan.

5. Feminisme

Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya : a. Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah. b. Wanita diberi kuasa untuk menjatuh talak. c. Pembahagian pusaka sama di antara lelaki dan wanita. d. Poligami adalah tidak sah.

Ternyata segala idea di atas telah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Menurut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (2006) melahirkan kebimbangannya dengan menyatakan : “Masyarakat dari segenap peringat, daripada penggubal dasarsehingga rakyat jelata perlu faham mengenai bahawa gagasan Islam Liberal dan Pluralisme ini sebenarnya sangat asing daripada kesejatian Islam itu sendiri.”

Lebih membimbangkan bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini. Jika ia tidak dikekang nescaya akan merebak dan sukar dikawal lagi. Terjahan serangan pemikiran ini mesti dihadapi dengan berani, berhikmah dan penuh strategi.

Salah satu organisasi yang begitu lantang memperjuangkan idea ini adalah ‘Sister In Islam’, dan mereka telah menggegarkan dunia Islam dengan menganjurkan solat Jumaat dan WANITA YANG MENJADI IMAM solat Jumaat itu kepada jemaah bercampur lelaki dan perempuan di New York.
Tanggal 18 Mac 2005 bersamaan dengan hari Jumaat, dunia Islam dikejutkan oleh satu peristiwa di sebuah gereja di Amerika Syarikat. Ketika itu seorang tokoh Islam Liberal yang terkenal aktif memperjuangkan hak-hak wanita (gender equality), bernama Prof. Dr. Amina Wadud menjadi imam untuk ‘solat Jumaat Aminah Wadud’, yang merupakan seorang professor bidang pengajian Islam di Virginia Commonhealth University.

Jemaahnya berjumlah sekitar 100 orang bercampur antara lelaki dan wanita. Saf lelaki dan wanita sebaris. Di samping itu muazzinnya seorang wanita yang tidak mengenakan hijab (tudung), dan ia ikut solat Jumaat.

Para ulama’ di dunia Islam, seperti Syeikh al-Azhar dan Syeikh Yufof al-Qardhawi telah memberikan kritikan yang keras terhadap peristiwa tersebut. Majma’ al-Fiqhi al-Islami (MFI), badan internasional dalam hukum Fiqh Islam menilai apa yang dilakukan Wadud ini sebagai bid’ah yang sesat dan menyesatkan, dan perlu dibanteras.

Rujukan :
*al-Qur’an al-Karim
*Kitab Rahsia Untuk Umat Islam, Nazri Zakaria
.


SYAABAN : PERJUANGAN MENGHORMATI PERBEZAAAN PENDAPAT

Muqaddimah

BULAN Syaaban adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ia dianggap pintu gerbang sebelum kita menyambut Ramadan. Malah, Rasulullah SAW menganjurkan kita menggandakan amal ibadat dalam bulan ini. Bagaimanapun, dalam keghairahan kita melakukan ibadat masih terdapat perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan ibadat tertentu oleh masyarakat untuk dilakukan pada bulan ini.
Soalan :Apakah maksud Syaaban dan apakah kelebihan yang terkandung di dalamnya?

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang antara lain , Nabi bertanya kepada umatnya, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Jawab umatnya: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui maknanya. Baginda menjawab Syaaban ini kata dasarnya adalah yatasha'abu yang membawa maksud berkembang segala kebaikan. Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Soalan : Antara amalan yang kerap dilakukan oleh umat Islam negara ini adalah membaca Yasin tiga kali danmengaitkannya dengan malam Nisfu Syaaban. Adakah terdapat nas tentang perbuatan sedemikian?

Umumnya, masyarakat Melayu di negara kita memang melakukan banyak amalan. Setengahnya kalau dirujuk kepada sumber asal ada percanggahan pendapat. Ada yang merujuk kepada nas sahih dan kadang-kadang ia dilakukan secara jemaah tetapi bila diselidiki amalan tersebut tidak ada nas yang sahih.

Melihat pada tradisi yang biasa dan masyhur dilakukan oleh umat Islam negara kita adalah amalan membaca Yasin tiga kali menyambut Nisfu Syaaban. Kali pertama ia diniatkan supaya dikuatkan iman, kedua dimurahkan rezeki dan ketiga dipanjangkan umur.

Sebenarnya amalan sebegini bukanlah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu sahaja tetapi ia berlaku sejak zaman tabien. Antaranya adalah solat sunat al-khair yang dibuat beratus-ratus rakaat pada malam tersebut. Solat sedemikian ditolak oleh ulama fikah hijaz iaitu Mekah dan Madinah kerana tidak ada nas atau hadis sahih mengenainya. Tentang membaca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban ini pun tidak ada nas yang qatie (tepat) yang menunjukkan Rasulullah SAW berbuat demikian.

Soalan : Ada juga yang tanya, adakah salah atau bidaah kita baca Yasin pada malam Nisfu Syaaban?

Untuk mengatakan amalan tersebut tidak akan kaitan atau bidaah, kita perlu berhati-hati. Sebabnya, ulama bersetuju memang tidak ada nas yang qatie tentang bacaan Yasin tiga kali itu. Namun, bagi saya untuk terus menolaknya kita memerlukan pertimbangan yang wajar. Yang dilarang oleh Islam adalah bidaah dari segi akidah.

Sebabnya, ada nas lain yang menyuruh supaya umat Islam membaca al-Quran. Antaranya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pemiliknya. (riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. (riwayat Bukhari). Malah, surah Yasin itu juga adalah jantung al-Quran di mana ramai ulama telah pun membincangkan kelebihan membacanya.

Saya melihat isu ini lebih kepada sudut ilmu. Para ulama tidak mahu masyarakat membuat andaian sambil lewa tanpa ada hukum atau dalil yang mewajibkannya. Namun, untuk mengatakan wajib baca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban itu memang salah. Sebabnya, Rasulullah tidak pernah mengatakan begitu. Sebab itu, kalau kita merujuk kepada kitab Adab-adab Perbezaan Pandangan, apabila berlaku dua pendapat, kita kena berhati-hati supaya akhirnya perbezaan itu tadi membawa kebaikan kepada umat Islam.
Saya lebih suka melihat kepada syiarnya. Manusia ini sifatnya kalau tidak ada sebab, mereka tidak akan melakukan sesuatu. Maknanya, kalau bukan kerana Nisfu Syaaban mungkin tidak ramai yang membaca Yaasin di masjid atau surau-surau. Jadi, bagaimana hendak menyambut malam tersebut, daripada tidak berbuat apa-apa lebih baik membaca al-Quran. Walaupun tidak semestinya baca Yasin tetapi masyhurnya orang Melayu adalah membaca surah tersebut.
Hal yang sama juga apabila kita mengadakan kenduri tahlil arwah. Memanglah tidak ada nas tentang hal itu. Tetapi bab memberi makan kepada orang lain dan menghubungkan silaturrahim itu memang ada nas dan hadisnya. Cuma yang dibimbangi adalah masyarakat beranggapan mengadakan kenduri tahlil arwah itu wajib. Saya berpendapat, kita harus menghormati kedua-dua pandangan. Selagi amalan seperti membaca Yasin dan tahlil arwah itu tidak membawa kerosakan, eloklah ia diteruskan.

Soalan : "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku". Ini adalah antara hadis yang kerap dibaca dalam bulan Syaaban. Apakah status hadis ini?

Ada yang mengatakan hadis ini daif dan ada yang mengatakannya mauduk (rekaan). Namun, untuk mengetahui secara tepat, kita perlu merujuk kepada ahli hadis dalam bab Mustalah Hadis.
Bagaimanapun, hadis yang daif ini masih boleh dipakai dengan tujuan untuk amalan individu atau sebagai motivasi. Bagi hukum yang lebih besar atau mengenai bab sah atau tidak memanglah ia tidak boleh digunakan. Ini kerana taraf hadis yang boleh dijadikan nas mesti sekurang-kurangnya hadis hasan. Yang terbaik adalah hadis mutawatir. Sejak kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam sudah berbeza pandangan dalam bab fikah. Fikah ini sifatnya dinamik. Sebab itu kita mempunyai imam mazhab seperti Imam Syafi'ie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Apa yang lebih dibimbangi adalah Barat akan mengambil kesempatan terhadap perbalahan akibat perbezaan pendapat dalam bab furuk begini. Kita tidak mahu umat Islam beranggapan yang agama suci ini terlalu banyak mengongkong umatnya.

Walhal, Islam memang menyuruh kita berbuat baik contohnya kepada ibu bapa dan isteri. Tetapi disebabkan perbalahan tadi, Barat dilihat lebih mempromosikan kasih sayang apabila mewujudkan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari. Demikian juga halnya dengan sambutan hari lahir. Islam meraikannya dengan amalan sunat membuat akikah iaitu dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Apa yang kita bimbang, perbalahan dalam perkara furuk ini akhirnya menyebabkan masjid dan surau-surau menjadi kosong dan tidak diimarahkan. Sebenarnya, dalam banyak perkara, Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana Islam meraikannya. Cuma, barangkali kita kurang mempromosikannya berbanding Barat yang pada masa sama mahu melalaikan umat Islam melalui sambutan-sambutan tersebut.

Soalan : Apakah pula hadis yang menyebut kelebihan bulan Syaaban dan apakah amalan sunat yang perlu dibanyakkan?

Antara hadis tersebut adalah Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis lain yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban adalah "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)". (riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Kesimpulan

Jangan kita cepat menuduh orang yang membuat amalan bulan syaaban ini bid’ah dan sesat semata-mata kerana ianya tidak sependapat dengan pandangan kita. Tetapi hormatilah pandangan orang lain, kerana ulama’ silam menpunyai hujjah dan sandaran nas tersendiri mengenai amalan-amalan pada bulan Syaaban ini.

TRANSLATOR

Powered By google