AL-QURAN, TAMADUN, MANUSIA & POLITIK


Sesungguhnya Al-Quran adalah wahyu daripada Allah, maka sudah tentulah ianya sesuai bagi setiap masa dan tempat. Al-Quran telah menjadi sumber hidayah dan panduan kepada Kerajaan Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW. Demikian juga apabila Kerajaan Islam menjadi luas merangkumi seluruh pelosok Semenanjung Arab sebelum wafatnya Nabi Muhammad SAW. Syariat Islam juga menjadi sumber kebaikan, kekuatan, kemenangan dan kemakmuran terutama dalam menegakkan sistem politik dan pemerintahan secara Islam.

Ringkasnya, kerana Al-Quran itu tetap kekal dan sesuai untuk selama-lamanya, maka memang wajarlah ianya dijadikan sebagai asas perkembangan tamadun manusia dalam berpolitik khasnya dan di bidang-bidang lain amnya.

Kupasan lanjut, dapatkan buku ini segera melalui pos atau mana-mana kedai buku berdekatan dengan harga RM12.00 sahaja. Hubungi 016-6852031 atau emelkan pesanan kepada kapten_resources@yahoo.com

Meneguk Cinta Abadi Di Bumi Barakah Siri 1

Kini tetamu Allah sudah surut pulang ke tanah air masing-masing. Maha suci Allah yang mengizinkan hambanya pergi mendambakan kasih di rumah-Nya, Baitul Atiq yang berkat itu. Sesungguhnya setiap kali sahabat-sahabat atau kenalan bercertia tentang hasrat untuk ke Makkah, hatiku menjadi tidak tertahan untuk pergi menitip sama kasih Tuhanku. Hasrat ini sudah kupasang sejak sekian lama, namun kehendak Allah mengatasi segalanya, belum mengizinkan aku lagi ke bumi yang dicintai oleh manusia muslim seluruhnya. Namun yang kumampu lakukan hanyalah menghulurkan sumbangan yang tak seberapa (moga Allah menerima sumbanganku) kepada sahabat yang ingin ke sana. Boleh dikatakan setiap kali kumendengar sahabat yang hendak pergi mengerja haji atau melakukan ibadat umrah pasti aku akan pergi menjenguknya dan menyampaikan salamku kepada idolaku dunia akhirat, kekasih dan pesuruh-Nya, Rasulullah saw yang kurindui untuk sama berada di bawah panji-panjinya dan meminum telaga kautharnya. Setiap kali mengingati Rasulullah saw manik dari mataku menitis, kerana cinta, kerana rindu, kerana mengenang betapa besarnya jihad Rasulullah saw, dan kerdilnya aku di sisinya. Setiap kali selesai solat daku akan berdoa moga aku bersama Rasulullah saw di dalam syurga nanti.

Dan aku takut dihisab di atas dosa-dosaku setiap hari, dan lantas aku mengharapkan syafa’atnya, daku mengharapkan agar aku dimatikan Allah dalam suasana tidak dihisab, aku ingin mati dijalan-Nya dalam keadaan darahku menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa aku salah seorang pencinta syuhada’ Badar, pencinta syuhada’ Uhud dan pencinta pejuang sepanjang hayat yang rindukan syahid.

Namun di hati kecil ini aku amat bimbang, apakah Allah akan menerima pengorbananku yang amat sedikit ini berbanding pejuang di awal generasi yang lalu, apakah aku ini ikhlas, kerana Allah itu hanya menerima pengorbanan dan jihad yang ikhlas sahaja, apakah cita-citaku ini akan kesampaian atau sebaliknya, hanya daku mengharapkan rahmat dari-Nya untuk menerima hasrat hati ini.

Berbalik kepada penunaian haji, mungkin kerana barakah daku sentiasa menyampaikan salam kepada Rasulullah saw melalui sahabat yang pergi ke tanah suci, lalu pada tanggal 2008’ Allah mengizinkan aku ke sana pula. Aku bertolak ke tanah suci dengan para sahabat dari satu jemaah dakwah yang kebanyakannya dari negeri serambi Makkah, Kelantan. Aku bertolak pada hujung bulan Sya’ban. Rombongan kami seramai 70 orang, 20 orang pergi menunaikan umrah dan selebihnya akan tinggal di sana sehingga musim haji. Ini bermakna aku akan tinggal di tnaha suci selama 4 bulan. Aku amat bersyukur padamu ya Allah kerana mengizinkan aku menjejaki bumi kekasih-Mu tercinta, bumi Madinah dan Makkah, bumi para syuhada, bumi para pejuang, bumi tangisan air mata kerana berjihad dan cintakan Islam serta rindukan Allah.

Pemergian aku ke sana diiringi sampai ke KLIA oleh bonda dan ayahandaku tersayang, isteriku tercinta, Siti Fatimah Ali, ibu dan bapa mertuaku serta kerabat-kerabatku. Terima kasih ibu ayah kerana membesarkan aku dalam cinta kepada Allah, terima kasih ayah ibu kerana mengajarku mengenal Allah, mengenal erti hidup yang sebenar, menyuburkan aku dengan dengan benih Islam dan cara hidupnya sejak dari kecil lagi, lalu sampai sekarang ajaran Islam dan adabnya yang disirami olehmu berdua menyuburi fikrah dan hatiku. Hanya Allah yang mampu membalasi pengorbananmu ibu ayah.

Buat isteriku yang tercinta, kaulah penawar dukaku di saat aku mencari erti seorang isteri yang sebenar, walaupun setahun jagung kau mengenaliku, namun kau sanggup menerimaku sebagai suamimu, dan doaku moga Allah mengganti yang terbaik untuk dunia dan akhiratku, Allah menqabulkan permohonan dan tangisanku untuk mencari perempuan solehah yang bernama isteri. Dan kini daku terpaksa pergi mencari redha illahi di bumi bakkah, kau iringi daku dengan lenangan air mata cinta dan bimbang serta mengharapkan kita dipertemukan kembali, air mata doa agar daku mendapat haji yang mabrur. Terima kasih isteriku. Selama 4 bulan ini adalah jihad bagimu dan juga aku, hanya kepada Allah kita sepatutnya berserah dan redha, dan 4 bulan adalah tempuh yang pernah dinyatakan oleh Saidina Umar ra, kita boleh tinggalkan isteri. Moga perpisahan ini mendatangkan rahmat dan barakah dari-Nya. Kesabaranmu dalam menungguku yang berulamkan air mata dalam doa setiap kali lepas solat setiap hari adalah penanda kau cinta padaku kerana Allah.

Kau isteriku, dan ibu ayah serta mereka semua meghantarkan daku dengan linangan iar mata, maklumlah sekiranya ditakdirkan aku pendek umur dan dipanggil Ilahi, ini adalah pertemuan yang terakhir antara kami. Dalam salam terakhir aku dapat merasai hangatnya air mata sedih dan sayang seorang ibu ayah terhadap anaknya, dan dalam ciuman terakhir daku dapat merasakan sendu dan cinta seorang isteri terhadap suami. Di saat itu hatiku menjadi sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan orang tersayang, namun cinta kepada Allah dan Rasulullah saw serta cinta kepada rumah-Nya menjadikan aku tabah dan dapat memadamkan persaan sedihku. Aku hanya menangis di dalam hati.

TRANSLATOR

Powered By google