ISU PALESTIN DAN FATWA ULAMA'

Berikut adalahh fatwa ulama’-ulama’ tersohor dan mu’tabar yang diiktiraf oleh dunia Islam mengenai Palestin. Fatwa tersebut telah dikeluarkan bermula sejak 1935 hingga kini :

*Haram menjual atau menjadi ejen penjualan tanah Palestin kepada Yahudi – Ijmak ulama’ Palestin (1935).

Ulasan Kapten : Orang Melayu Johor dan juak-juak UMNO yang menjual tanah di Johor Bharu/Wilayah Iskandar kepada taukeh-taukeh Singapura dan syarikat milik Singapura macam mana pula hukumnya ? Ulama’-ulama’ pengampu pemimpin UMNO sila keluarkan fatwa!!!

*Menjual tanah kepada Yahudi seolah-olah menjual Masjid Al-Aqsa dan tanah air umat Islam seluruhnya – Syeikh Muhammad Rashid Ridha.

Ulasan Kapten : Orang Islam Pulau Pinang, hang jangan jadi macam orang Islam Singapura, dulu mereka pemerintah, kini mereka diperintah, dulu mereka ada istana, sekarang istana raja mereka tergadai dan terbang, dulu mereka mewarisi bumi dan berada di atas tanah, sekarang mereka berada dalam petak-petak konkrit yang mencakar langit dan dipisah-pisahkan antara serumpun dan seagama. Maaf umat Islam Singapura dan Pulau Pinang yang seagama, bukan niat menghina, tapi kita jangan tidur dalam lena yang panjang.


*Palestin adalah milik umat Islam selama-lamanya, haram Muslim berdamai dengan Yahudi yang merampas bumi Palestin, haram Muslim mengiktiraf kewujudan negara Israel. Iktiraf Negara Israel bererti mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan amanah-Nya. Fardhu ‘Ain berjihad membebaskan bumi Palestin – Ijmak Umala’ Al-Azhar (1947)

Ulasan Kapten : Apakah bumi sebelah Selatan akan dirampas nanti, beringat sebelum kena, jimat sebelum habis tergadai Wilayah Iskandar. Batu Putih sudah berputih mata, apa khabar tanah TLDM di Woodland, bagaimana kedudukan tanah KTM di Tanjung Pagar ? Dan mungkinkah Wilayah Iskandar akan patah kandar ? Dengar khabar dari sumber ketenteraan yang boleh dipercayai, tentera Singapura dilatih oleh Pegawai Tentera Yahudi. Moga perangainya jangan jadi macam Yahudi! Anda harus menaruh bimbang kerana sejarah telah mengajar anda. Bangsa yang tidak berlajar dari sejarahnya sendiri, bangsa tersebut akan mati dan pupus.


*Wajib Muslim membalas tindakan Yahudi setimpal dengan penindasan yang dilakukan, fardu ‘ain bagi Muslim berjihad bebaskan Palestin. Haram di sisi syara’ berdamai dengan Israel – Syeikhul Azhar dan Mufti Mesir As-Syeikh Hassan Makmun (1956)

Ulasan Kapten : Kata seorang cendikiawan Muslim, Dr. Azhar (2009), pemimpin Arab adalah lebih jahat dari Yahudi. Yahudi kalau dia jahat, memang sesuilah sebab dia itu Yahudi. Perkara yang menjadi persoalannya ialah pemimpin Negara umat Islam seperti Mesir, Saudi, Jordan dan Syria. Pemimpin mereka berpeluk tubuh dan berdiam diri, seperti tiada perasaan langsung, seperti mayat yang hidup, hidung mampus (hilang deria bau), mata buta, telinga pekak, tergolek macam batang pisang buruk yang patah dan jatuh dalam longkang yang ada tahi babi, tidak mempedulikan langsung pekikan, jeritan, tangisan anak-anak kecil yang tercedera dan ratapan ibu di atas kematian tragis zuriat mereka kerana dibom zionis. Bukan itu sahaja, pemimpin negara yang mengelilingi Israel dan Palestin itu menutup sempadan negara masing-masing dari dilintasi oleh pelarian Palestin yang terdiri dari kanak-kanak, perempuan dan orang tua untuk mendapatkan perlindungan dan juga bekalan makanan. Mereka dibiarkan dalam keadaan kelaparan dan cedera tanpa rawatan. Pemimpin ini amat pengecut dan ingin menjaga hati bapa mereka Amerika, sebab Amerikalah yang menjaga kedudukan mereka supaya tidak jatuh dari takhta, supaya mereka tidak ditarik turun oleh rakyat dan pejuang-pejuang Islam yang amat muak dengan kezaliman pemimpin negara umat Islam berkenaan. Tetapi kelak mereka akan tahu di jurang mana mereka akan terjun dan jatuh merudum. Pemimpin negara berkenaan juga menghalang dengan menutup sempadan kepada pejuang-pejuang Islam dan sukarelawan perang jihad daripada memasuki bumi sejuta Syuhada’ ini untuk membantu saudara mereka berperang melawan Yahudi dan mereka amat rindu untuk mati syahid. Inilah tembelang pemimpin-pemimpin Arab yang dayus dan pengecut serta cintakan dunia.

*Haram berdamai dengan rejim Israel dalam apa cara sekalipun, wajib bagi Muslim bersatu mengembalikan bumi Palestin kepada rakyatnya – Lujnah Fatwa Al-Azhar (1956)

Ulasan Kapten : Kenapa UMNO/BN tidak mengiktiraf Hamas yang memenangi pilihanraya yang dipilih rakyat Palestin secara demokratik. Sekiranya diiktiraf, kenapa kerajaan UMNO/BN tidak saja memanggil duta dari Hamas untuk menjadi duta di Malaysia, kenapa masih mengekalkan duta dari Fatah (UMNO Palestin!!). Adakah UMNO nak tunggu Amerika/Yahudi mengiktiraf Hamas. Mati hidup balikpun Amerika/Yahudi tidak akan mengiktiraf Hamas, sebab Hamas senonim dengan Islam, perjuangan membebaskan bumi ambia’ ini dari cengkaman Yahudi dan perjuangan menegakkan hukum Allah. UMNO/BN kata dia demokratik, pilihlah di kalangan mereka yang memenangi pilihanraya secara demokratik di Palestin. Kembalikanlah hak rakyat Palestin, mulakan tindakan anda di Malaysia dahulu sebelum anda (UMNO/BN) pergi lebih jauh. kalau dalam Negara sendiripun anda tak mampu lakukan, usah bercakap pasal perjuangan anda di luar Negara!!

*Haram berhubung damai dan berdiplomasi dengan Israel – Ijmak Ulama’ Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) (1968)

Ulasan Kapten : Bercakap berkenaan dengan sikap pemimpin-pemimpin Negara yang menganggotai OIC dan juga Pemimpin Liga Arab, setiap kali kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, mereka akan bermesyuarat, resolusi yang dikeluarkan adalah ‘KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL.’ Sepuluh, seratus atau seribu kali kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionos ke atas penduduk Palestin yang tidak berdosa itu, Perkataan ‘KUTUK KEKEJAMAN ISRAEL’ itulah yang diulang dan diratib, sehingga umat Islam serata dunia sudah jadi muak, loya dan nak muntah dengan perangai pemimpin-pemimpin OIC dan Liga Arab ini. Bahasa ‘KUTUK’ ini bukannya tidak elok, tetapi kamu sebagai pemimpin mesti guna ‘bahasa kuasa’ bukannya ‘bahasa lidah’, gunakan minyak yang ada pada kamu, adakan pakatan tentera OIC, hantar ke sempadan Israel, takutkan mereka, tak payah ramai, lima ribu untuk satu negara sudah cukup, berapa puluh negara OIC yang ada, cubalah kali berapa jumlahnya. Kalau kamu takut juga untuk berhadapan dengan Yahudi Laknatullah itu, sila buka sempadan negara kamu, beri pelunag kepada pejuang-pejuang Islam, khususnya dari Arab dan serah senjata untuk mereka menyertai jihad bersama-sama saudaranya di Palestin, kamu akan lihat bagaimana mereka yang rindukan Syahid itu berjihad dan berperang melawan Yahudi. Jumlah penduduk Arab hampir 300 juta orang sementara jumlah penduduk Israel hanya sekitar 5 juta orang sahaja, teori menyebutkan, kalau dikencingnya oleh umat Islam semua ke atas Israel, nescaya tenggelam dan mati semua penduduk mereka.

Bercakap tentang ‘bahasa kutuk’ atau ‘bahasa lidah’, ia adalah bahasa rakyat marhain yang tak ada kuasa, mereka hanya mampu melakukan tunjuk perasaan atau berarak di jalanan atau ke kedutaan Amerika, bapa kepada Israel itu sebagai menunjukkan kemarahan kepada Israel dan Amerika, sebaliknya bersimpati dengan nasib yang menimpa umat Islam Palestin. Ini baru betul. kalau kamu sebagai pemimpin menggunakan bahasa rakyat marhain atau rakyat biasa dan bawahan, maka kamu digelar pemimpin berjiwa kecil dan berhati tikus, dan di saat itu kamu sudah tidak layak lagi memimpin Negara umat Islam. Kamu jangan mengkhianati amanah ini, jangan jadi pengecut dan bacul serta dayus.


*Wajib ke atas Muslim berjihad bebaskan Palestin, haram serahkan mana-mana bahagian bumi Palestin kepada Yahudi, haram iktiraf kewujudan Negara Israel, Palestin adalah bumi suci umat Islam – Fatwa 63 Ulama’ Muslim Dunia.

Ulasan Kapten : Bilakah akan lahirnya Solahuddin al-Ayyubi yang kedua ? Jika kekejaman zionis Kristian Eropah dapat dihapuskan dan dinyah oleh tokoh pejuang terbilang Islam tahun 1192, Solahuddin al-Ayyubi, apakkah akan ada Solahuddin kedua abad ini muncul menghancurkan zionis Yahudi Israel yang gila darah dan bermaharajalela di bumi Palestin. Umat Islam kini benar-benar memrlukan Solahuddin era moden untuk menyatukan ummah dan mengembalikan nilai iman serta membetulkan akidah bagi menyelamatkan Palestin dan membebaskan al-Aqsa serta Baitul Maqdis dari penjajahan rejim Yahudi Israel. Roh, semangat dan jiwa Solahuddin diperlukan oleh Muslim agar Islam kembali mengetui urusan dunia agar dihormati dan ditakuti golongan kuffar yang bernafsu besar. Sejarah kehebatan Solahuddin adalah jelmaan dari ketokohan salah seorang khalifah terulung Islam, Saidina Umar al-Khattab. Kewarakan dalam melaksana tuntutan beragama, kebijaksanaan dan pandangan jauh Solahuddin dalam membina semula daulah Islamiah selepas jatuhnya keagungan tamadun Islam belum ada tandingan hingga kini. Perang Salib yang berlarutan hampir 200 tahun (1096 – 1192) akan terus menghantui kuasa penjajah zionis Kristian Eropah. Sebab itulah ketokohan Solahuddin tidak dikaji dan dikembangkan oleh sarjana orientalis Barat, malangnya unat Islam juga turut ‘menyembunyikan’ kepahlawanan tokoh terbilang awal abad moden itu daripada generasi kini. Bukti ketinggian Imannya, sebuah masjid dibina oleh Solahuddin di setiap kubu dan kota yang diduduki. Kehebatan senibina kubu-kubu yang dilengkapi dengan pusat pentadbiran, perniagaan dan penjara itu utuh hingga kini dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana senibina era moden. Semua kubu yang ditawan dan dibina semula oleh tentera Solahuddin berada di kawasan strategik

*Haram Syarie ke atas rakyat Palestin mengambil kerakyatan Israel – Majlis Kehakiman Tertinggi Palestin (Mufti Quds dan Palestin, Syeikh Akrimah Sobri) (1996)
*Haram melawat Negara yang dijajah Yahudi – Syeikh Dr. Yusuf Qardhowi dan Syeikh Sayyed Askar.
*Wajib bagi seluruh umat Islam membaikot barangan Israel – Syeikh al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Arab Saudi, Mufti Pakistan, Persatuan Ulama’ Pakistan, Syeikh Dr. Yusuf Qardhowi dan mejoriti ulama seluruh dunia.

Ulasan Kapten : Tahukah anda seorang jutawan Pak Arab sanggup membeli KAKA (pemain bola sepak kelahiran Brazil) sekitar RM 500 juta, untuk bermain di kelab yang baru dibelinya M. City (kelab bola sepak Inggeris). Kenapa Pak Arab itu tidak saja memberi kepada rakyat Palestin yang amat memerlukan bantuan. Mereka tidak meminta RM 500 juta, tetapi mereka hanya meminta sekitar RM 3.00 sehari setiap seorang untuk membeli makanan bagi mengelakkan mereka dari kebuluran. Kenapa jutawan arab itu tidak mahu bersyukur kepada-Nya dengan nikmat yang melimpah ruah itu dengan membantu saudara seagama yang amat memerlukan bantuan dan pertolongannya. Di mana terbang menghilangnya ikatan persaudaraan sesama Muslim. Mereka tertipu dengan keajaiban bola sepak yang tidak boleh menjadi bekalan dan hujah mereka di hadapan Allah di akhirat nanti. Kelak nikmat kekayaan itu akan dipersoalkan satu persatu.

Kapten sungguh sedih bercampur hairan kenapa restoran dan kedai runcit atau stall di tepi jalan milik orang Islam masih lagi menjual rokok Yahudi, menghisap rokok Yahudi, menjual Coca-Cola Yahudi dan barangan-barangan Yahudi lain. Adakah mereka tak tahu atau buat-buat tak tahu dan buta hati perut demi mencari seringgit dua. Anda wajib membaikot barangan-barangan berikut selagi nyawa dikandung badan :


TRANSLATOR

Powered By google