MAAHAD TAHFIZ AN-NUR -SATU PERJUANGAN MEMARTABATKAN AL-QURAN



MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
NO 21 JALAN 11
DESA SUBANG PERMAI
40150 SHAH ALAM
SELANGOR


‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Kepada,

Sesiapa Yang Berkenaan

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MEMOHON DERMA UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AN-NUR

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz An-Nur mula beroperasi pada 01 Januari 2008.

3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Para Dermawan semua, Maahad Tahfiz An-Nur kini dalam peringkat awal pembinaan bangunannya di lot 2, Taman Masgenuine, Jalan Kubu Gajah 11, Sungai Buloh, Shah Alam. Kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM 380,000.00 (sila rujuk lampiran).

4. Sehubungan dengan itu pihak Maahad Tahfiz An-Nur mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau siapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh bagi merealisasikan hasrat murni ini. Sumbangan dari pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sekalian boleh dibuat atas nama : MAAHAD TAHFIZ AN-NUR. No akaun Maybank : 562478123076

5. “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Firman Allah, Surah al-Baqarah, ayat 261). Mafhum Sabda Rasulullah s.a.w. : “Harta kamu ialah apa yang telah kamu guna dan belanjakan, sementara yang kamu tinggalkan itu adalah untuk orang selepas kamu.” (Riwayat al-Bukhari). Dan mafhum sabda Baginda S.A.W. lagi : “Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara…….(salah satu daripadanya ialah) Sedekah Jariah.”

6. Pihak Maahad Tahfiz An-Nur dan para pelajarnya mendoakan agar Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkah kesihatan yang berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan keadaan. Amin Ya Allah.

7. Semoga sumbangan daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Taala dan akan menjadi bekalan di Hari Kemudian, iaitu Di Hari Yang Tiada Berguna Harta dan Anak Pinak, Kecuali Orang Yang Datang Kepada Allah Dengan Hati Yang Sejahtera (maksud firman Allah).

8. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung terus dengan mudir Maahad Tahfiz An-Nur di talian 013-3990239.

Sekian terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathiran.
Yang benar,
(Ust Sabri B. Haji Mohd Nor)







KORAN FOR FREE

INTRODUCTION
Koran is the words of Allah, The Only God through the medium Gabriel to His Prophet, Muhammad SAW. It is to deliver to all mankind from various race and skin colour.

PURPOSE OF KORAN
In order to be guidance to all of mankind’s life
To know the concept of The Only God to be worship
To give a lead to truth orientation
To distinguish truth matter or mislead
To express that Islam is a religion who posit tranquility instead of terrorism

KORAN FOR FREE is to friends who is non muslim all over the world whether those religious Christian, Budha, Hindu, Taoism, Ateis, Free-Thinker, Bahai, Qadiyani, Sikh and etc. Here is a present from to me to friends.

You must know Islam from the true source then you will know what is actually Islam. Then you could sum up what is actually Islamic religion and what is The Only God’s concept in Islam.

You could not make out Islam only from seeing his believer since there are a few of believer who is deviating and hypocrite. Look and study Koran as the main referral source.

Islamic did not posit terrorism, instead Islam is a religion of unity, tranquility and love.

To know and muck-raking Islam you must read the overall content of Koran. Then you will know whom is God actually and is it true Islam organise terrorism.

To get this KORAN FOR FREE please email your name and full address to kapten_resources@yahoo.com or http://www.algitaal.blogspot.com/.


READY TO BE FRIEND

CAPTAIN M. RAPI M. NOR

MALAYSIA

Serangan Terhadap Isu Aurat Wanita*


Serangan pemikiran Barat terhadap Islam juga merangkumi persoalan aurat wanita. Mereka menganggap kadar aurat yang dinyatakan oleh nas-nas Islam telah mengongkong kebebasan wanita. Cara yang terbaik bagi mereka ialah wanita diberi kebebasan dalam menampilkan tubuh mereka yang merupakan asset besar bagi diri wanita itu sendiri.

Malangnya terdapat di kalangan umat secara sedar ataupun tidak, sedikit sebanyak termakan dengan serangan mereka. Mereka berpendapat bahawa rambut wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal ! Na’uzubillah…..!

Perjuangan menentang hijab berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya hijab punca kemunduran dunia Islam.

Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki. (Lihat al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, hlm. 273).

Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’ : “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat.

Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan : “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaanya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk ister-isteri Rasulullah s.a.w. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Begitulah beberapa fahaman dari insan yang mengaku sebagai penganut agama Islam, tetapi mengeluarkan perkataan-perkataan yang amat merbahaya dari segi akidah Islam. Mereka menerima apa sahaja yang didatangkan dari Barat.

Sebagai orang Islam kita perlu menapis apa yang didatangkan dari Barat dengan tapisan Islam. Islam mengakui dan tidak menolak kemajuan. Bahkan kemajuan yang dinikmati di Barat adalah cedukan dari kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu.

Bukan semua yang ada di Barat ditolak dan bukan semua yang ada di Barat diterima bulat-bulat. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untuk segala tempat dan zaman. Kaedah syara’ yang menyatakan bahawa ‘tidak dinafikan perubahan fatwa dengan perubahan zaman’. Tetapi hendaklah dibezakan bahawa di dalam ajaran Islam ada perkara yang tetap dan ada perkara yang berubah.




*Sila rujuk Kitab Rahsia Untuk Umat Islam.

PERJUANGAN FEMINISME : PERJUANGAN SIAPA?*

Firman Allah Taala yang bermaksud : “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum wanita itu) ialah untuk menerangkan (syariat-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa : 26)

Dalam dunia Islam, terutamanya di negara-negara membangun seolah-olah terdapat ketidakpuasan hati bagi segolongan wanita. Mereka telah berfahaman bahawa wanita telah dikongkong, ditindas serta tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.

Selain daripada serangan pemikiran kepada menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan menghilangkan perbezaan yang menjadi benteng antara jenis, mereka juga berusaha ke arah menggalakkan wanita dalam bekerja pada setiap bidang.

Serangan pemikiran ini dinamakan ‘FEMINISME’ di mana lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini kebanyakannya didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi.

Mereka begitu tertarik dengan gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat kepada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara wanita dan lelaki.

Dari satu segi gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak serta kehilangan idealisma dan hala tuju. Daripada segi yang lain gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.

Tapi dari manakah pemikiran, agenda dan slogan mereka ini diceduk ? Dan ini yang perlu kita fahami sebenar-benarnya. Pemikiran ini timbul dari doktrin Islam Liberal yang mempunyai 5 falsafah, iaitu :

1. Sekularisme

Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.

2. Pluralisme Agama

Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada Tuhan Yang Satu. Perbezaanya hanya pada cara sampai kepada Tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.

3. Kritis Al-Qur’an Edisi Baru

Al-Qur’an yang ada perlu diperbetulkan kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis.

4. Hermeneutika

Pentafsiran semula al-Qur’an menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana Bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari ayat-ayat yang salah. Teks al-Qur’an perlu dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Mengikut kaedah pentafsiran ini, teks al-Qur’an tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ia mungkin mengandungi kesilapan.

5. Feminisme

Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya : a. Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah. b. Wanita diberi kuasa untuk menjatuh talak. c. Pembahagian pusaka sama di antara lelaki dan wanita. d. Poligami adalah tidak sah.

Ternyata segala idea di atas telah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Menurut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (2006) melahirkan kebimbangannya dengan menyatakan : “Masyarakat dari segenap peringat, daripada penggubal dasarsehingga rakyat jelata perlu faham mengenai bahawa gagasan Islam Liberal dan Pluralisme ini sebenarnya sangat asing daripada kesejatian Islam itu sendiri.”

Lebih membimbangkan bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini. Jika ia tidak dikekang nescaya akan merebak dan sukar dikawal lagi. Terjahan serangan pemikiran ini mesti dihadapi dengan berani, berhikmah dan penuh strategi.

Salah satu organisasi yang begitu lantang memperjuangkan idea ini adalah ‘Sister In Islam’, dan mereka telah menggegarkan dunia Islam dengan menganjurkan solat Jumaat dan WANITA YANG MENJADI IMAM solat Jumaat itu kepada jemaah bercampur lelaki dan perempuan di New York.
Tanggal 18 Mac 2005 bersamaan dengan hari Jumaat, dunia Islam dikejutkan oleh satu peristiwa di sebuah gereja di Amerika Syarikat. Ketika itu seorang tokoh Islam Liberal yang terkenal aktif memperjuangkan hak-hak wanita (gender equality), bernama Prof. Dr. Amina Wadud menjadi imam untuk ‘solat Jumaat Aminah Wadud’, yang merupakan seorang professor bidang pengajian Islam di Virginia Commonhealth University.

Jemaahnya berjumlah sekitar 100 orang bercampur antara lelaki dan wanita. Saf lelaki dan wanita sebaris. Di samping itu muazzinnya seorang wanita yang tidak mengenakan hijab (tudung), dan ia ikut solat Jumaat.

Para ulama’ di dunia Islam, seperti Syeikh al-Azhar dan Syeikh Yufof al-Qardhawi telah memberikan kritikan yang keras terhadap peristiwa tersebut. Majma’ al-Fiqhi al-Islami (MFI), badan internasional dalam hukum Fiqh Islam menilai apa yang dilakukan Wadud ini sebagai bid’ah yang sesat dan menyesatkan, dan perlu dibanteras.

Rujukan :
*al-Qur’an al-Karim
*Kitab Rahsia Untuk Umat Islam, Nazri Zakaria
.


SYAABAN : PERJUANGAN MENGHORMATI PERBEZAAAN PENDAPAT

Muqaddimah

BULAN Syaaban adalah antara bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Ia dianggap pintu gerbang sebelum kita menyambut Ramadan. Malah, Rasulullah SAW menganjurkan kita menggandakan amal ibadat dalam bulan ini. Bagaimanapun, dalam keghairahan kita melakukan ibadat masih terdapat perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan ibadat tertentu oleh masyarakat untuk dilakukan pada bulan ini.
Soalan :Apakah maksud Syaaban dan apakah kelebihan yang terkandung di dalamnya?

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang antara lain , Nabi bertanya kepada umatnya, Tahukah kamu kenapa bulan ini dinamakan Syaaban? Jawab umatnya: Allah dan Rasulnya lebih mengetahui maknanya. Baginda menjawab Syaaban ini kata dasarnya adalah yatasha'abu yang membawa maksud berkembang segala kebaikan. Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Soalan : Antara amalan yang kerap dilakukan oleh umat Islam negara ini adalah membaca Yasin tiga kali danmengaitkannya dengan malam Nisfu Syaaban. Adakah terdapat nas tentang perbuatan sedemikian?

Umumnya, masyarakat Melayu di negara kita memang melakukan banyak amalan. Setengahnya kalau dirujuk kepada sumber asal ada percanggahan pendapat. Ada yang merujuk kepada nas sahih dan kadang-kadang ia dilakukan secara jemaah tetapi bila diselidiki amalan tersebut tidak ada nas yang sahih.

Melihat pada tradisi yang biasa dan masyhur dilakukan oleh umat Islam negara kita adalah amalan membaca Yasin tiga kali menyambut Nisfu Syaaban. Kali pertama ia diniatkan supaya dikuatkan iman, kedua dimurahkan rezeki dan ketiga dipanjangkan umur.

Sebenarnya amalan sebegini bukanlah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu sahaja tetapi ia berlaku sejak zaman tabien. Antaranya adalah solat sunat al-khair yang dibuat beratus-ratus rakaat pada malam tersebut. Solat sedemikian ditolak oleh ulama fikah hijaz iaitu Mekah dan Madinah kerana tidak ada nas atau hadis sahih mengenainya. Tentang membaca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban ini pun tidak ada nas yang qatie (tepat) yang menunjukkan Rasulullah SAW berbuat demikian.

Soalan : Ada juga yang tanya, adakah salah atau bidaah kita baca Yasin pada malam Nisfu Syaaban?

Untuk mengatakan amalan tersebut tidak akan kaitan atau bidaah, kita perlu berhati-hati. Sebabnya, ulama bersetuju memang tidak ada nas yang qatie tentang bacaan Yasin tiga kali itu. Namun, bagi saya untuk terus menolaknya kita memerlukan pertimbangan yang wajar. Yang dilarang oleh Islam adalah bidaah dari segi akidah.

Sebabnya, ada nas lain yang menyuruh supaya umat Islam membaca al-Quran. Antaranya, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pemiliknya. (riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang terbaik dari kalangan kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya. (riwayat Bukhari). Malah, surah Yasin itu juga adalah jantung al-Quran di mana ramai ulama telah pun membincangkan kelebihan membacanya.

Saya melihat isu ini lebih kepada sudut ilmu. Para ulama tidak mahu masyarakat membuat andaian sambil lewa tanpa ada hukum atau dalil yang mewajibkannya. Namun, untuk mengatakan wajib baca Yasin tiga kali pada malam Nisfu Syaaban itu memang salah. Sebabnya, Rasulullah tidak pernah mengatakan begitu. Sebab itu, kalau kita merujuk kepada kitab Adab-adab Perbezaan Pandangan, apabila berlaku dua pendapat, kita kena berhati-hati supaya akhirnya perbezaan itu tadi membawa kebaikan kepada umat Islam.
Saya lebih suka melihat kepada syiarnya. Manusia ini sifatnya kalau tidak ada sebab, mereka tidak akan melakukan sesuatu. Maknanya, kalau bukan kerana Nisfu Syaaban mungkin tidak ramai yang membaca Yaasin di masjid atau surau-surau. Jadi, bagaimana hendak menyambut malam tersebut, daripada tidak berbuat apa-apa lebih baik membaca al-Quran. Walaupun tidak semestinya baca Yasin tetapi masyhurnya orang Melayu adalah membaca surah tersebut.
Hal yang sama juga apabila kita mengadakan kenduri tahlil arwah. Memanglah tidak ada nas tentang hal itu. Tetapi bab memberi makan kepada orang lain dan menghubungkan silaturrahim itu memang ada nas dan hadisnya. Cuma yang dibimbangi adalah masyarakat beranggapan mengadakan kenduri tahlil arwah itu wajib. Saya berpendapat, kita harus menghormati kedua-dua pandangan. Selagi amalan seperti membaca Yasin dan tahlil arwah itu tidak membawa kerosakan, eloklah ia diteruskan.

Soalan : "Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku". Ini adalah antara hadis yang kerap dibaca dalam bulan Syaaban. Apakah status hadis ini?

Ada yang mengatakan hadis ini daif dan ada yang mengatakannya mauduk (rekaan). Namun, untuk mengetahui secara tepat, kita perlu merujuk kepada ahli hadis dalam bab Mustalah Hadis.
Bagaimanapun, hadis yang daif ini masih boleh dipakai dengan tujuan untuk amalan individu atau sebagai motivasi. Bagi hukum yang lebih besar atau mengenai bab sah atau tidak memanglah ia tidak boleh digunakan. Ini kerana taraf hadis yang boleh dijadikan nas mesti sekurang-kurangnya hadis hasan. Yang terbaik adalah hadis mutawatir. Sejak kewafatan Rasulullah SAW, umat Islam sudah berbeza pandangan dalam bab fikah. Fikah ini sifatnya dinamik. Sebab itu kita mempunyai imam mazhab seperti Imam Syafi'ie, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Apa yang lebih dibimbangi adalah Barat akan mengambil kesempatan terhadap perbalahan akibat perbezaan pendapat dalam bab furuk begini. Kita tidak mahu umat Islam beranggapan yang agama suci ini terlalu banyak mengongkong umatnya.

Walhal, Islam memang menyuruh kita berbuat baik contohnya kepada ibu bapa dan isteri. Tetapi disebabkan perbalahan tadi, Barat dilihat lebih mempromosikan kasih sayang apabila mewujudkan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Kekasih pada setiap 14 Februari. Demikian juga halnya dengan sambutan hari lahir. Islam meraikannya dengan amalan sunat membuat akikah iaitu dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

Apa yang kita bimbang, perbalahan dalam perkara furuk ini akhirnya menyebabkan masjid dan surau-surau menjadi kosong dan tidak diimarahkan. Sebenarnya, dalam banyak perkara, Nabi SAW telah menunjukkan kepada kita bagaimana Islam meraikannya. Cuma, barangkali kita kurang mempromosikannya berbanding Barat yang pada masa sama mahu melalaikan umat Islam melalui sambutan-sambutan tersebut.

Soalan : Apakah pula hadis yang menyebut kelebihan bulan Syaaban dan apakah amalan sunat yang perlu dibanyakkan?

Antara hadis tersebut adalah Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menganggap ia tidak berbuka, dan ia berbuka sehingga kami menganggap ia tidak berpuasa dan aku tidak pernah melihat baginda menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadan dan aku juga tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan puasa melainkan pada bulan Syaaban. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis lain yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban adalah "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)". (riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).

Kesimpulan

Jangan kita cepat menuduh orang yang membuat amalan bulan syaaban ini bid’ah dan sesat semata-mata kerana ianya tidak sependapat dengan pandangan kita. Tetapi hormatilah pandangan orang lain, kerana ulama’ silam menpunyai hujjah dan sandaran nas tersendiri mengenai amalan-amalan pada bulan Syaaban ini.

Mengenang Dosa Ataturk Meleburkan Sistem Khilafah Islam

Khilafah Islam Uthmaniah merupakan sebuah empayar Islam agung yang pernah wujud hasil jihad dan pengorbanan manusia di planet bumi ini pada abad ke-13, di dalamnya terlaksana syariat dan undang-undang Allah yang Maha Adil dan Maha Bijaksana. Khilafah Uthmaniah mencapai puncak kegemilangan jihad dan pemerintahan yang penuh tunduk menyembah dan patuh rukuk kepada Pencipta di bawah pemimpin yang soleh, ikhlas lagi sufi.iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Dia berjaya membawa sinar tauhid yang begemerlapan melalui pembukaan Kota Konstantinople pada tahun 1453. Kemuncak keagongan jihad, pancaran sinar tauhid atau agama yang maha benar ini tersebar luas semasa pemerintahan Sulayman Agong (1520-1566), dengan pergerakan ketumbukan pasukan jihad yang cintakan syahid ini sehingga ke Vienna. Sinar akidah tauhid ini terus dipikul dengan penuh cinta dan bertanggungjawab oleh para para pemimpin dan mujahidin Daulah Uthmaniah, mereka menongkah arus perjuangan sehingga Islam dapat ditegakkan merentang luas merangkumi Eropah Timur, Afrika Utara dan Asia Barat. Khilafah ini mencapai keagungan sehinggalah ke abad 17. Selama lima abad ia berada di dalam puncak sinar akidah yang cukup ampuh dan diterujai oleh massa, sahabat, kawan dan lawan.

Namun sinarnya itu mula malap menjelang akhir abad ke-18 kerana kelemahan pemimpin dan ummah, kejahatan Ataturk yang menjadi pengkhianat, hilangnya daya jihad, malapnya perasaan tanggungjawab, kurangnya daya taqwa dan keikhlasan, dan nipisnya daya iman. Sudah ada bibit-bibit cintakan dunia dan takutkan mati, suka mengejar kemewahan, kemegahan, kedudukan, pangkat, mengumpul harta kekayaan, suka dipuji, hilang jati diri, hilang pedoman, nawaitu telah beralih arah daripada Khaliq kepada makhluk, ummah mengejar keduniaan, keseronokan dan hiburan, lalu hilanglah kehebatan mujahid, kemuliaan tauhid, kecantikan akhlak, keabdian seorang hamba, tangisan seorag ruhban di sepertiga malam, kealiman seorang ulama’, keadilan seorang pemerintah, kejujuran pembantu dan keikhlasan pengabdian. Lalu melatalah kelumpuhan daya jihad, kesuraman daya taqwa dan ikhlas dan kejahilan ummah menyebar luas, pemimpin lari meninggalkan tugas dan ummah lari meninggalkan jihad, mereka meninggalkan amalan para Rasul sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan dibebani juga dengan faktor luaran di mana Barat dan Eropah mula kelihatan mengembangkan pengaruh kebencian mereka kepada ummah ini. Dulu Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kini mereka digelar ‘Orang Sakit Eropah’. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta terasak dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut terus dari leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20.

Selain daripada penyebab di atas, Mustafa Kemal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin.

Mengikut Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di mana secara sepihak (tanpa pengetahuan pasukan panglima yang lain) Ataturk menghentikan peperangan dengan Inggeris dan mengundurkan tenteranya secara tiba-tiba. Dia memberi jalan kepada musuh untuk mara ke Utara Palestin tanpa sebarang tentangan sesuai dengan rencana yang telah mereka sepakati bersama Inggeris.Inggeris juga memujuk Kemal Ataturk untuk mengadakan pemberontakan terhadap Sultan dan Inggeris berjanji akan membantu rancangan tersebut. Ataturk menkhianati sultan Muhammad vi, dia menjadi tali barut Inggeris, munafik dan talam dua muka.

Kemal Ataturk memang jelas menjadi tali barut Inggeris, semasa dia dipilih Sultan Abdul hamid untuk memimpin bala tentera melawan pihak bersekutu dalam beberapa siri peperangan, dia berpura-pura berperang dan membuat lakunan yang anti dan amarah kepada tentera Inggeris, bagi mengelabui mata Sultan, dan pernah satu ketika hasil dari lakunan tersebut dia dianugerahkan dengan pingat gagah berani oleh sultan, sedang di tangan kirinya penuh dengan tipu muslihat dan perjanjian sulit dengan Inggeris untuk meruntuhkan Institusi Khilafah, sungguh pandai Kemal berlakun. Bila Khalifah, Sultan Abdul Hamid mengalami kelemahan dan terasak oleh pihak sekutu dan juga Inggeris, Kemal mengambil kesempatan untuk berkuasa.

Menurut pendapat Dr. Abdullah Azzam, Mustafa Kemal Ataturk dilahirkan di kota Yahudi, kota Salonika, di mana terdapat 100,000 orang Yahudi daripada keseluruhan penduduk kota berkenaan yang berjumlah 140,000 orang. Banyak sejarawan dan penulis yang mengembalikan asal usul dia dengan keturunan Yahudi, baik nasabnya, darahnya mahupun perbuatannya.

Kemal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.

Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republic Turki moden dengan :
  1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
  2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
  3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
  4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
  5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
  6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
  7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
  8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
  9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
  10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
  11. 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
  12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
  13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
  14. Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
  15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
  16. Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
  17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
  18. Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
  19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
  20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
  21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
  22. Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
  23. 23 Mac 1924 Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan resminya oleh Mustafa Kemal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.

Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Erea kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya. Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya. Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya.

Pada saat Mustafa Kemal terbaring di atas ranjang kematian, dia khuatir tidak mendapatkan seorang pengganti yang dapat melanjutkan usaha yang telah dirintisnya. Oleh itu dia telah meminta kepada duta Inggeris, Peres Lorraine untuk menggantikan tampuk pemerintahannya sebagai presiden Turki. Duta itulah banyak menasihat dan mempengaruhinya semasa Kamel berkuasa, namun tawaran itu ditolak oleh Peres kerana tidak sanggup berhadapan dengan masalah yang amat besar yang mungkin timbul. Kemal Ataturk kecewa dengan penolakan itu.

Di saat penghujung hayatnya, dia diserang sejenis penyakit akibat daripada ketagihan arak, cairan membusungkan perutnya secara kronik, darah mengalir dari hidung tanpa henti. Penyakit kelamin juga membaham dia, akibat sikapnya sebagai kaki perempuan, dia selalu megggaru-garu bahagian tubuh antara dua pahanya. Tubuhnya mengecil, kulit membalut tulang, menjadi semakin lemah dan tidak boleh bergerak. Dia mempunyi penyakit yang amat ganjil. Semasa sakit dia berteriak sepanjang hari sehingga teriakannya memasuki setiap ruang bilik istana yang menempatkannya, berat badannya susut sehingga 48 kilogram, giginya tanggal, dan di saat kematiannya dia mewasiatkan supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada hari khamis 10 November 1938 pergilah Ataturk dari alam dunia dalam keadaan terhina, dilakna di langit dan dibumi.

“Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.” (Ad-Dukhan :29)

“Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab siksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi.” (Az-Zumar : 26)


Selepas kematiannya, Mustafa Kemal Ataturk dikutuk dan dilaknat oleh seluruh generasi ummah sepanjang zaman dan sehinggalah hari kiamat, kerana mengkhinati institusi khilafah umat Islam, menjadi tali barut Yahudi dan Barat, dan ada ulama’ berpendapat dia adalah Yahudi yang menyusup dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniah, menjadi tali barut Inggeris, menjahanamkan institusi dan segala peradaban ummah Islam seluruhnya. Dia menjadi lambang manusia paling bejat, jahat dan paling zalim, penghnianat yang sukar dimaaf dan diterima ummah sepanjang zaman. Dia meningaal dunia setelah menghancurkan Turki, meleburkan Islam, memporakperandakan sistem kekeluargaan, meinjak-injak kebenaran, merosakkan syiar agama dan mengubah masjid menjadi gudang menyimpan makanan. Namun dosanya tetap dikenang sehingga ke hari ini dan sepanjang zaman.

Dan untuk akhirnya, pada saat ini, tahun 2008 ini, apakah mampu Perdana Menteri Turki sekarang Erdogan yang memimpin Parti AK, yang mendokong Islam, mampu mengembalikan keadilan Islam, apakah Dr. Abdullah Gul selaku Presiden dan isternya Khairunnisa yang bertudung itu boleh menongkah arus dan mampu melindungi ummah yang cintakan sinar Islam dan jihad kembali bersinar di Turki. Mampukan Erdogan dan Dr. Abdullah Gul berhadapan dengan golongan sekular yang didokongi kuat oleh pihak tentera dan para sekularis. Moga ilmu yang dikutip dari pemikir, ulama serta mujahid ulung Turki, Said Badiuzzaman Said Nusi dan sarjana serta intelektual Harun Yahya mampu menjadi sumber inspirasi oleh kedua pemimpin Islam ini. Moga Allah memberi kekuatan dan pertolongan dengan keikhlasan dan usaha gigih mereka. Moga Allah memenangkan Islam dan ummahnya. Moga empayar Islam di Turki khususnya bernadi dan menyambung hayat untuk hidup dan kembali bergema meggoncangkan kebanyakan pemimpin dan ummahnya yang sedang terlena.

Jihad Melawan Musuh Allah Sepanjang Zaman


Dahulu para Nabi a.s berjihad dan berhadapan dengan massa atau umat masing-masing, dengan penguasa yang amat zalim, penguasa yang mengaku jadi tuhan, penguasa yang amat goblok. Para Nabi mempunyai pengikut yang setia, juga mempunyai penentang yang kufur dan amat zalim, namun mereka tetap bersabar meneruskan misi dakwah dan jihad, dengan matlamat yang cukup ampuh iaitu menang atau syahid.

Nabi Nuh a.s berjuang siang dan malam, mengajak kaumnya menyembah Allah Yang Esa. Bukan sahaja tolakan yang diterimanya, malah mereka menutup telinga dan berselubung tidak mahu mendengar seruan tauhid. Anak dan isterinya sendiri yang menolak seruan suci ini, lalu mereka dihukum oleh Allah. Juga Nabi Ibrahim a.s berhadapan dengan Raja Namrud, seorang penguasa yang zalim, begitu juga ayahnya yang menjadi penyembah berhala. Nabi Zakaria a.s juga diburu oleh kaumnya sendiri sehingga digergaji tubuhnya dan menemui syahid. Nabi Musa a.s berhadapan dengan Firaun yang mengaku menjadi tuhan, diburu oleh Firaun dan tentera-tenteranya, namun Allah memberi jalan keluar kepada Nabi Musa a.s, dan juga Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadi penentang Baginda ialah kaumnya sendiri, diketui oleh bapa saudaranya Abu Jahal.

Inilah lumrah jihad dan perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah, sejak dahulu sehinggalah sekarang, yang menjadi lawannya adalah orang sebangsa dengannya, orang sebahasa dengannya, orang sesama warna kulit dengannya, orang senegara dengannya, orang senegeri dengannya, orang sedaerah dengannya, orang sekampung dengannya atau orang setaman dengannya.

Apakah Allah itu ingin menzalimi manusia, dengan mewujudkan suasana pertentangan dan pertembungan sesama mereka atau ingin menghuru-harakan masyarakat setempat ? Allah tidak sekali-kali menzalimi hambanya. Allah membangkitkan para Rasul a.s. untuk menyampaikan dakwah di kalangan kaumnya, lalu mereka ditentang, maka berlakulah pertembungan antara golongan hak dengan dengan yang batil dan wujudlah peranan jihad mempertahankan kebenaran. Dan tidak timbul persoalan pertembungan sekiranya mereka menerima seruan Tauhid tadi, tetapi golongan ‘munkirin’ ini sengaja menolak kebenaran dan memerangi orang yang membawa akidah tauhid ini, lalu di sana lahirlah jihad mempertahankan kebenaran Agama Allah yang suci dan murni ini, lalu berlakulah pertentangan dalam negara, negeri, daerah, kampung dan penempatan. Inilah lumrah medan dakwah dan jihad yang direncanakan oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Adil.

Dan semasa pemerintahan Saidina Umar r.a khususnya, musuh sekitar telah dapat ditundukkan dengan kekentalan semangat jihad tentera muslim, iaitu dengan satu misi, menang atau syahid, lalu tumbangnya empayar Rom dan Parsi yang dianggap kuat itu dengan izin Allah. Dakwah dan jihad menegakkan kebenaran agama Allah ini diteruskan semasa pemerintahan Khilafah Umaiyyah dan juga Khilafah Abbasiah sehingga penguasaan ajaran tauhid ini melangkau dari timur ke barat dengan ketekunan, kesungguhan, ketaqwaan, keikhlasan jihad para pemimpin Islam dan pejuang di sekelilingnya. Inilah kehebatan, kekentalan, kesufian mujahid menongkah arus perjuangan bagi menyebar luas ajaran tauhid. Besarnya peranan dan perjuangan mereka, keajaiban jihad ini sukar ditandingi oleh ummah ini kecuali yang benar-benar ikhlas dan taqwa kepada Allah.

Lihatlah betapa bermaruahnya Mu’tasim, seorang pemimpin Islam pada
zaman Khilafah Abbasiah, walau beliau dianggap lemah, namun bila beliau mendapat tahu seorang muslimah telah disentap tudung, sebagai satu penghinaan terhadap Islam dan ummahnya, maka baginda mengarahkan tenteranya melanggar dan menuntut bela di atas penghinaan itu. Betapa mulia, ‘izzahnya ummah Islam dahulu, mereka berlindung dan berpayung di bawah pemimpin yang mempunyai jati diri, sanggup berjihad dan menggunakan kekuatan tentera mempertahankan maruah dan kebenaran Agama Allah daripada dicalari dan dicemari atau dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam.

Dan sekarang para muslimah bukan lagi disentap tudung, tetapi lebih dari itu, akidah mereka ditelanjangi, akhlak mereka dibaratkan dan agama mereka dimurtadkan. Namun di manakah Mu’tasim zaman ini, tidak ada lagi Mu’tasim, yang ada hanyalah tikus-tikus, menjadi bacul dan penakut. Hilang sudah semangat jihad, luntur sudah maruah sebagai seorang pemimpin muslim, hilang sudah keberanian jihad ummah ini, mereka ditakutkan oleh musuh-musuh Allah dengan ugutan dan ancaman.

Bilakah akan ada orang seperti Umar r.a, atau sekurang-kurangnya orang seperti Mu’tasim, bilakah akan lahir Salahuddin al-Ayyubi moden yang berjaya membuka kota Baitumaqdis dari cengkaman kuffar dan bilakah akan lahir lagi orang seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menakluk konstantinople ? Masih adakah pemimpin yang soleh, lagi ikhlas mampu melakar peta dan sejarah menghidup dan menyambung Khilafah Othmaniah yang dikhianati oleh Ataturk ? Moga Allah yang Agung kekuasaan-Nya mengembalikan ummah ini kepada Khilafah Baru. Khilafah ini amat dirindui oleh mujahid-mujahid, agar nur Islam kembali bersinar dan menguasai dunia sekali lagi dengan izin-Nya.

SUNNAH BERJUANG

JIHAD is not terrorism.
JIHAD is not killing innocent people.
JIHAD is not the strong bullying the weak.
JIHAD is not collateral damage. JIHAD is not tolerance of oppression.
JIHAD is not silence against injustice.
JIHAD is not imposing your values on others.
JIHAD is not a man-made concept.
JIHAD is 'lia'lai kalimatillahi hiyal 'ulya.'

SYAHID HANYA UNTUK ORANG YANG SABAR


Semangat juang dan jihad hendaklah dititipkan kiranya ia kurang, hendaklah digarapkan kiranya ia tertinggal, hendaklah disematkan dalam sanubari hamba kiranya ia tercicir, hendaklah dicari kiranya ia hilang, hendaklah disiram kiranya ia layu, hendaklah diterjemah kiranya ia tidak dimengerti, hendaklah dijulang kiranya ia di bawah, hendaklah disubur kiranya ia layu dan mengecil, hendaklah digerak dan dibangunkan kiranya ia tidur dan hendaklah disuntik semangat iman yang kental kiranya ia longlai tidak bermaya.


Mujahid hendaklah berangkat ke medan jihad dengan penuh sabar, tawakkal dan cita-cita syahid sentiasa bersemi di dada. Mujahid tidak boleh mundur ke belakang, bahkan teruskan kemaraan untuk mempertahankan ‘dinillah’ atau agama Allah, janganlah gentar, padahal Allah adalah Penolong yang Maha Perkasa, di sana tempat para mujahid bertawakkal.


Allah pernah menolong dan membantu para mujahid di medan Badar dengan bantuan tentera Malaikat seramai tiga ribu dan di tambah menjadi lima ribu Malaikat sebagai ganjaran kepada mujahid yang banyak bersabar dan bertakwa kepada Allah, Tuhan manusia. (lihat surah Ali Imran ayat 124 dan 125).


Alangkah hebatnya bantuan dan pertolongan Allah kepada para mujahid, alangkah terhidang luas keredhaan Allah, alangkah mulianya para mujahid yang berada di medan jihad, mereka dimuliakan oleh Allah, Pencipta langit dan bumi, Penganugerah bidadari syurga kepada para syuhada yang terkorban kerana mempertahankan agama Allah dengan lenangan air mata dan titisan darah. Allah akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka yang gugur di jalan-Nya dan para syuhada ini dimasukkan ke dalam syurga yang dipenuhi dengan segala nikmat dan kesenangan, lalu berbahagialah mereka di sana menikmati janji Allah yang Maha Agung.


Adakah anda merasa selamat dan bahagia hidup di dunia ini sebagai kunci untuk menempah dan membuka pintu syurga dan memasukinya atau anda mampu menguaknya dan lulu melangkah tanpa susah payah, tanpa sabar dan lelah jihad mencairi hidup anda? Jangan bermimpi untuk kebahagiaan di sana kiranya anda mempunyai kerehatan yang panjang di bumi ini, anda harus melibatkan diri di medan jihad, turun merasai nikmat berjihad di jalan Allah, merasai kemanisannya, merasai perit jerih di medan, mereka hidup memburu dan diburu , menyerang dan diserang, membunuh dan dibunuh demi agama tercinta, demi perang jihad suci pada jalan Allah.


Adakah anda mengharapkan untuk mati syahid, sedangkan anda belum menghadapinya, bahkan anda takut menceburi medan jihad, medan yang dicintai oleh mujahid-mujahid silam, medan yang dicemburui oleh pencinta-cinta syahid tetapi mereka tidak menemuinya, medan yang dibenci oleh para penguasa ‘kuffar, zaalimiin, faasiqiin dan jahiliin’.


Sesungguhnya jihad ini bukan satu medan dan cerita dongengan yang dicipta secara penglipulara oleh orang yang tidak bertanggungjawab, tetapi api semangat jihad, ruh dan gerakannya adalah dicetus dan diwajibkan sendiri oleh Allah Taala, Tuhan segala manusia, Tuhan yang tidak menzalimi hambanya. Lalu jihad ini diwajibkan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasul, seperti Zalqarnain, Nabi Daud dan Tholut yang sezaman dengannya, Nabi Musa dan akhir sekali Nabi Muhammad s.a.w.


Para Nabi begitu banyak kali menerjuni medan perang dan jihad ini bersama pengikutnya yang sentiasa setia dan bertaqwa kepada Allah. Mereka tidak lemah, mereka tidak lesu, mereka tidak menyerah kalah, mereka mara dan mereka banyak bersabar di ketika di medan jihad. Allah amat menyintai golongan dan barisan mujahid seperti ini. Jihad ini difardhukan bukan untuk menganiaya dan menzalimi sesiapa, tetapi untuk menjaga ke’izzahan ummah ini, supaya tidak boleh dinyah, dizalimi, diperkotak-katik dan dibolakan serta disepak terajang ke hulu dan ke hilir.


Janganlah anda lari dari jihad ini, lari dari perjanjian ini, lari dari arahan dan perintah ini, lari dari ketetapan ini baik sebelum, semasa dan selepas medan perang jihad ini, janganlah berbantah dan tidak mentaati perintah dan menderhakai panglima perang, janganlah menyintai dunia lebih daripada Allah dan Rasul serta berjihad pada jalan-Nya, janganlah tidak menghiraukan seruan jihad dan mempertahankan agama ini, berhati-hatilah dengan golongan munafik ini dalam jemaah jihad anda, gerombolan gunting dalam lipatan dan talam dua muka ini, kerana kalau tidak kelak anda akan lemah, digelinciri oleh syaitan dari jalan kebenaran dan akhirnya anda akan kalah.


Sesungguhnya kekalahan di medan Uhud menjadi pengiktibaran yang paling ampuh dan berguna kepada ummah sepanjang zaman, dan faktor inilah yang menjadi penyebab dan pencetus kepada segala kekalahan masa lampau, sekarang dan akan datang ummah. Hindarilah tabiat buruk yang dimurkai Allah ini sebaik sahaja ada berada di medan perang jihad. Tetapi sekiranya anda tidak lari dari perintah dan janji setia untuk menolong Agama Allah ini, nescaya Dia akan menganugerahkan kemenangan, ketenangan dan keamanan untuk anda.


Buktikanlah perjanjian setia anda dengan Allah, anda ingin menyembah Allah, anda ingin mempertahankan Agama Allah yang suci itu, anda ingin mempertuhankan Allah, anda ingin menjunjung segala perintah yang datang dari-Nya. Janganlah jadi manusia dan hamba yang lupa kepada janji setia ini, jangan jadi diri anda manusia munafik, memungkiri janji dengan Pencipta anda!

Wasiat Penting Untuk Para Mujahid dan Mujahidah

Ayuh para mujahid dan mujahidah ! Sama-samalah anda mengambil perhatian, penghayatan serta menekuni apa yang pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w :
"Ingatlah bahawasanya Islam itu berputar, maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawasanya penguasa dan al-Qur'an akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan al-Qur'an. Ketahuilah..... akan muncul di kalangan kamu pemimpin-pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu taati mereka, mereka akan sesatkan kamu dan jika kamu memaksiati (menentang) mereka, mereka akan bunuh kamu. Para sahabat bertanya : Apakah yang patut kami lakukan wahai Rasulullah ? Baginda menjawab : Bersikaplah kamu sebagaimana sikap sahabat-sahabat Isa. Mereka digergaji dengan besi dan disalib di pokok-pokok kayu. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya mati dalam taat kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam maksiat kepada Allah Azza Wajalla." (Riwayat Abu Daud).

Wahai para pejuang/mujahid dan mujahidah sekalian, yang sedang bekerja keras untuk tegakkan daulah Islamiah,
Islam hari ini sangat asing dari sebahagian pemeluknya, ajaran-ajarannya banyak ditinggal dan dilupakan, dicicirkan dan dibiarkan, dikakukan dan dilesukan, hukumnya tidak dihiraukan, syariatnya diambil dan dilaksanakan jika urusan keduniaan tidak terjejas. Manakala dengan melaksanakan Islam urusan keduniaan dirasakan terganggu, pada saat itu juga dia tidak segan silu meletakkan Islam di belakang punggungnya, menghina, menapak kaki ajaran dan syariatnya, dan membuang jauh dari kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, sampai tidak kedengaran lagi deruan seruan Islam.

Kamulah Mujahid dan Mujahidah, golongan al-Ghuraba', orang asing, penegak kebenaran, pada saat kebanyakan manusia melakukan kerosakan dan kefasadan. Marilah bangkit dan berdiri tegak di hadapan jahiliah yang jahil sedang bermaharajalela, tanpa menghiraukan ancaman, tekanan, penjara mahupun pembunuhan. Peruntukkanlah segenap hidup anda untuk berdakwah menegakkan kebenaran, berjihad di jalan Allah untuk satu cita-cita mulia, menang atau mati syahid.

Ingatlah bahawa penguasa yang tidak melaksanakan ajaran al-Qur'an adalah menyeleweng dari hak. Kita hendaklah tegas dan berani menyatakan kebenaran dan pendirian serta pripsip, menzahirkan identiti mujahid, tidak berselindung di sebalik konsep dan program yang samar-samar. Islam tidak akan dapat ditegakkan dengan cara berbaik-baik dengan penguasa munafik dan jahiliah moden, ataupun bertolak ansur dengan semua bentuk bidaah dan khurafat, kezaliman dan kesyirikan, kefasikan dan kemunafikan di dalam kerajaan jahiliah moden.

Watak Islam adalah jihad melawan jahiliah sejak dahulu sehinggalah hari kiamat. Bukanlah tabiat Islam berlembut-lembut dan berkasih mesra dengan kerajaan jahiliah ataupun bekerjasama dengan mereka atas nama parti politik yang bersetuju dengan semua atau sebahagian dari konsep atau program kerajaan jahiliah moden.

Islam tidak akan tegak dan menang dengan cara yang tidak diredai Allah, sebaliknya tertegaknya Islam hanya dengan apa yang telah menegakkannya pada awal perkembangan ajaran ini, iaitu dengan dakwah dan jihad fi sabilillah. Sesungguhnya perintah jihad fi sabilillah tidak pernah dicabut sejak diperintahkannya sehingga hari ini, dan perintah itu akan berjalan terus sehingga hari kiamat. (Kitab al-Ghuraba', Syeikh Dr. Umar).

Seruan Mujahid I

"Marilah saudaraku muslim....! Supaya tuan-tuan meletakkan tangan di atas tangan kami untuk mengamalkan agama ini. Marilah kita taat dan selalu waspada jangan sampai kita berbuat maksiat. Marilah kita mengajak manusia dan kita perintah mereka kepada yang ma'ruf dan kita larang mereka dari yang mungkar, kita pertahankan kehormatan, kita bentangi syariat kita dan kita pertahankan dengan nyawa-nyawa dan dakwah kita. Marilah kita berjihad di jalan Allah sehingga kita dapat mengembalikan sesuatu yang telah hilang dan musnah dari umat kita.......
kita tidak boleh mundur dan lemah semangat, kita mesti tundukkan penguasa yang zalim lagi bongkak suapaya mereka kembali kepada syariat Rabb kita, dan lenyaplah keasingan dari agama kita. Kita kembalikan agama ini dari keasingannya supaya kita dapat memimpin, memerintah dan mengatur umat ini di dalam segala bahagian kehidupan sama ada dalam mu'amalah, akhlak mahupun syariatnya............"

Jangan Rendah Diri Dalam Berjuang!!




Sesungguhnya orang-orang mukmin berjihad pada jalan Allah, mempertahankan akidah, cintakan agama, rindukan syahid dan ingin sangat bertemu dengan kekasihnya, iaitu khaliqnya. Sementara orang-orang yang ingkar dan kufur mereka berperang dan melawan orang mukmin untuk kepentingan duniawi semata-mata, kepentingan perut, hawa nafsu, ingin mendapat harta dan pangkat, ingin dikata orang berani, ingin mempertahankan tradisi lama dan tidak lebih dari itu semua.

Buktinya telah berlaku pertembungan antara hak dan batil, antara orang mukmin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dan golongan kuffar yang dipimpin oleh Abu Jahal di medan Badar, iaitu suatu tempat yang terletak antara Makkah dan Madinah. Para Mujahid muslim lagi mukmin tetap dibantu Allah Taala di dalam perjuangan mereka sekiranya mereka bergantung harap sepenuhnya kepada Dia. Tentera mukmin yang bilangan sedikit itu dilihat oleh tentera kuffar dua kali ganda lebih ramai dari mereka. Inilah hebatnya orang bersama agama Allah, berjuang meninggikan tauhid, Allah akan membantu dan memberi pertolongan.

Keadaan dan suasana bantuan ini dinyata oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir, yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang mukmin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati." (Surah Ali'Imran, ayat : 13).

Untuk itu wahai mujahid dan mujahidah, usahlah kalian merasa rendah diri dan rasa terhina dengan mihnah dan tribulasi dari musuh-musuh Islam, orang yang bertalam dua muka, double standard, golongan mutafiq ini. Kita ada tempat meghantarkan harapan yang utuh, tempat melepaskan lelah jihad, tempat berdoa, merayu menangis dan memohon bantuan, tempat melepaskan cinta syahdu di malam sunyi iaitu Allah yang Maha Perkasa. Hadapkanlah wajah kalian untuk meneruskan misi jihad ini walau sesusah mana sekalipun. Hiduplah dalam kemuliaan dan matilah juga dalam kemuliaan sebagai syuhada'. Janganlah kalian jadi golongan yang gugur di separuh jalan, tewas, rebah dan tidak bangun lagi selepas itu.

Lihatlah betapa kentalnya Tholut melawan Jalut, betapa ampuhnya akidah Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud, betapa hebatnya Srikandi Masyithah dan ahli sihir yang beriman mengglas akidah tauhid mereka, betapa kentalnya pengorbanan dan imam Jaafar ibni Abi Tolib dan Abdullah ibn Rawhah, Syed Qutub dan ramai lagi, semua mereka gugur sebagai syuhada' mempertahankan Agama Allah. Murninya jihad mereka, sucinya perjuangan mereka dan mulianya mati mereka. Syurga seluas langit dan bumi sedang menanti mereka.

Dalil Kewajipan Berjihad

Banyak terdapat dalil kewajipan berjihad yang telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam kitab suci al-Qur'an, walaupun ada orang, sama ada yang mengaku menjadi penganut Islam dan lebih-lebih lagi pihak kuffar barat bila mendengar perkataan jihad, peperangan dan syahid, mereka menjadi fobia, takut, lalu menuduh Islam itu menganjurkan keganasan, Islam itu teroris, dan macam-macam tuduhan lagi.

Semua tuduhan ini berbentuk prasangka semata-mata. Mereka tidak mengkaji apa itu jihad, kenapa diwajibkan jihad, bila umat ini diwajibkan untuk berjihad, bagaimana untuk berjihad dan kepada siapa jihad ini dihalakan. Kepada pembelot, kepada penceroboh, kepada penakluk, kepada kuffar harbi, kepada penentang agama Allah ? atau kepada siapa? Semua ini disingkap oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an yang mulia.

Di antara dalil kewjipan berperang dan berjihad ialah :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat :216).

Islam tidak menganjurkan keganasan dan memulakan peperangan. Peperangan dan jihad di dalam Islam hanya diizinkan apabila mereka dizalimi dan diperangi. Hatta di dalam peperangan pun Allah Taala melarang melampaui batas. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan perangi di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas. Kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas." (Surah al-Baqarah, ayat : 190).

Sementara orang yang syahid atau mati terbunuh mempertahankan Agama Allah itu dianggap hidup di sisi-Nya, iaitu hidup di alam yang lain, bukan alam kita ini. Di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan orang yang syahid itu. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu mati), bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah, ayat : 154).

MUQADDIMAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Syukur yang tidak terhingga kepada Allah Taala yang telah memberi hidayah dan taufiq kepada penulis untuk melancarkan laman jehaad ini, mudah-mudahan ianya menjadi medan melontar dan mencambahkan idea jihad kepada ummah supaya ianya berjalan dan tidak padam, berdetik dan tidak berhenti, hidup dan tidak mati, berjuang dan tidak lari buat selamanya, iaitu selama mana bumi ini bernadi dan menemui syahid akhirnya. Moga amalan penulis yang sedecip ini ikhlas dan dinilai di sisi Allah Taala.


Selawat dan salam ke atas Penghulu mujahid ulung Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat yang berjihad dengan harta dan nyawa, masa dan air mata, juga para tabi'in yang mengikut perjuangan Rasul-Nya, tabi' tabi'in yang tidak jemu-jemu merenteti arus dan rantai jihad dan seterusnya para mujahid dan mujahidah yang sentiasa berjuang sehingga akhir hayat dunia ini. Moga Allah merestui perjuanganmereka yang sentiasa meninggikan kalimah Allah Yang Maha Tinggi itu.Wahai Allah, jadilah pena ini setajam pedang mujahid, sekental jiwa para syuhada', seikhlas hati para sufi. Dan jadikanlah ia sebagai penyebab manusia menerima hidayah-Mu. Amin....


Salam JIHAD dari Kepten Mohd Rapi Hj. Mohd Nor, 013-3990239.

TRANSLATOR

Powered By google