MAAHAD TAHFIZ AN-NUR -SATU PERJUANGAN MEMARTABATKAN AL-QURAN



MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
NO 21 JALAN 11
DESA SUBANG PERMAI
40150 SHAH ALAM
SELANGOR


‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani’

Kepada,

Sesiapa Yang Berkenaan

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MEMOHON DERMA UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AN-NUR

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Maahad Tahfiz An-Nur mula beroperasi pada 01 Januari 2008.

3. Untuk pengetahuan Yang Berbahagia Para Dermawan semua, Maahad Tahfiz An-Nur kini dalam peringkat awal pembinaan bangunannya di lot 2, Taman Masgenuine, Jalan Kubu Gajah 11, Sungai Buloh, Shah Alam. Kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak RM 380,000.00 (sila rujuk lampiran).

4. Sehubungan dengan itu pihak Maahad Tahfiz An-Nur mempelawa individu, syarikat, pertubuhan atau siapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh bagi merealisasikan hasrat murni ini. Sumbangan dari pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan sekalian boleh dibuat atas nama : MAAHAD TAHFIZ AN-NUR. No akaun Maybank : 562478123076

5. “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (Firman Allah, Surah al-Baqarah, ayat 261). Mafhum Sabda Rasulullah s.a.w. : “Harta kamu ialah apa yang telah kamu guna dan belanjakan, sementara yang kamu tinggalkan itu adalah untuk orang selepas kamu.” (Riwayat al-Bukhari). Dan mafhum sabda Baginda S.A.W. lagi : “Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara…….(salah satu daripadanya ialah) Sedekah Jariah.”

6. Pihak Maahad Tahfiz An-Nur dan para pelajarnya mendoakan agar Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkah kesihatan yang berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan keadaan. Amin Ya Allah.

7. Semoga sumbangan daripada pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Taala dan akan menjadi bekalan di Hari Kemudian, iaitu Di Hari Yang Tiada Berguna Harta dan Anak Pinak, Kecuali Orang Yang Datang Kepada Allah Dengan Hati Yang Sejahtera (maksud firman Allah).

8. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung terus dengan mudir Maahad Tahfiz An-Nur di talian 013-3990239.

Sekian terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathiran.
Yang benar,
(Ust Sabri B. Haji Mohd Nor)







0 comments:

TRANSLATOR

Powered By google