Dalam dunia Islam, terutamanya di negara-negara membangun seolah-olah terdapat ketidakpuasan hati bagi segolongan wanita. Mereka telah berfahaman bahawa wanita telah dikongkong, ditindas serta tidak diletakkan di tempat yang sewajarnya.
Selain daripada serangan pemikiran kepada menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan menghilangkan perbezaan yang menjadi benteng antara jenis, mereka juga berusaha ke arah menggalakkan wanita dalam bekerja pada setiap bidang.
Serangan pemikiran ini dinamakan ‘FEMINISME’ di mana lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini kebanyakannya didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi.
Mereka begitu tertarik dengan gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat kepada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang dihadapi oleh masyarakat negara membangun.
Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara wanita dan lelaki.
Dari satu segi gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak serta kehilangan idealisma dan hala tuju. Daripada segi yang lain gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.
Tapi dari manakah pemikiran, agenda dan slogan mereka ini diceduk ? Dan ini yang perlu kita fahami sebenar-benarnya. Pemikiran ini timbul dari doktrin Islam Liberal yang mempunyai 5 falsafah, iaitu :
1. Sekularisme
Pemikiran Islam Liberal mengatakan sekularisme tidak bercanggah malah sebahagian dari Islam.
2. Pluralisme Agama
Semua agama adalah sama di mana semuanya menuju kepada Tuhan Yang Satu. Perbezaanya hanya pada cara sampai kepada Tuhan tersebut. Agama Islam dan bukan Islam adalah setanding dan sama-sama benar.
3. Kritis Al-Qur’an Edisi Baru
Al-Qur’an yang ada perlu diperbetulkan kerana dikatakan mempunyai kesalahan dan perlu dinilai secara kritis.
4. Hermeneutika
Pentafsiran semula al-Qur’an menggunakan kaedah ‘hermeneutika’ yang dicelup dari kaedah pentafsiran Bible. Sebagaimana Bible dikaji, di mana ayat-ayat yang benar cuba diasingkan dari ayat-ayat yang salah. Teks al-Qur’an perlu dikaji dan diubah mengikut selera pentafsir. Mengikut kaedah pentafsiran ini, teks al-Qur’an tiada bezanya dengan tulisan-tulisan lain dan tidak harus dimuliakan kerana ia mungkin mengandungi kesilapan.
5. Feminisme
Perjuangan untuk menyamakan lelaki dan wanita di segala segi. Di antara tuntutannya : a. Lelaki perlu beriddah selama 130 hari sebagaimana wanita beriddah. b. Wanita diberi kuasa untuk menjatuh talak. c. Pembahagian pusaka sama di antara lelaki dan wanita. d. Poligami adalah tidak sah.
Ternyata segala idea di atas telah menyimpang dari ajaran Islam sebenar. Menurut Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (2006) melahirkan kebimbangannya dengan menyatakan : “Masyarakat dari segenap peringat, daripada penggubal dasarsehingga rakyat jelata perlu faham mengenai bahawa gagasan Islam Liberal dan Pluralisme ini sebenarnya sangat asing daripada kesejatian Islam itu sendiri.”
Lebih membimbangkan bibit-bibit fahaman pluralisme iaitu melihat semua agama adalah sama kini menular di kalangan golongan terpelajar di negara ini. Jika ia tidak dikekang nescaya akan merebak dan sukar dikawal lagi. Terjahan serangan pemikiran ini mesti dihadapi dengan berani, berhikmah dan penuh strategi.
Salah satu organisasi yang begitu lantang memperjuangkan idea ini adalah ‘Sister In Islam’, dan mereka telah menggegarkan dunia Islam dengan menganjurkan solat Jumaat dan WANITA YANG MENJADI IMAM solat Jumaat itu kepada jemaah bercampur lelaki dan perempuan di New York.
Tanggal 18 Mac 2005 bersamaan dengan hari Jumaat, dunia Islam dikejutkan oleh satu peristiwa di sebuah gereja di Amerika Syarikat. Ketika itu seorang tokoh Islam Liberal yang terkenal aktif memperjuangkan hak-hak wanita (gender equality), bernama Prof. Dr. Amina Wadud menjadi imam untuk ‘solat Jumaat Aminah Wadud’, yang merupakan seorang professor bidang pengajian Islam di Virginia Commonhealth University.
Jemaahnya berjumlah sekitar 100 orang bercampur antara lelaki dan wanita. Saf lelaki dan wanita sebaris. Di samping itu muazzinnya seorang wanita yang tidak mengenakan hijab (tudung), dan ia ikut solat Jumaat.
Para ulama’ di dunia Islam, seperti Syeikh al-Azhar dan Syeikh Yufof al-Qardhawi telah memberikan kritikan yang keras terhadap peristiwa tersebut. Majma’ al-Fiqhi al-Islami (MFI), badan internasional dalam hukum Fiqh Islam menilai apa yang dilakukan Wadud ini sebagai bid’ah yang sesat dan menyesatkan, dan perlu dibanteras.
*al-Qur’an al-Karim
*Kitab Rahsia Untuk Umat Islam, Nazri Zakaria.
0 comments:
Post a Comment