Malangnya terdapat di kalangan umat secara sedar ataupun tidak, sedikit sebanyak termakan dengan serangan mereka. Mereka berpendapat bahawa rambut wanita bukanlah aurat dan menutup kepala itu sebenarnya menutup akal ! Na’uzubillah…..!
Perjuangan menentang hijab berlaku sejak dahulu lagi. Kononnya hijab punca kemunduran dunia Islam.
Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki. (Lihat al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, hlm. 273).
Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’ : “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat.
Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan : “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaanya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk ister-isteri Rasulullah s.a.w. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”
Begitulah beberapa fahaman dari insan yang mengaku sebagai penganut agama Islam, tetapi mengeluarkan perkataan-perkataan yang amat merbahaya dari segi akidah Islam. Mereka menerima apa sahaja yang didatangkan dari Barat.
Sebagai orang Islam kita perlu menapis apa yang didatangkan dari Barat dengan tapisan Islam. Islam mengakui dan tidak menolak kemajuan. Bahkan kemajuan yang dinikmati di Barat adalah cedukan dari kemajuan yang pernah wujud di dunia Islam dahulu.
Bukan semua yang ada di Barat ditolak dan bukan semua yang ada di Barat diterima bulat-bulat. Islam adalah agama yang hidup dan sesuai untuk segala tempat dan zaman. Kaedah syara’ yang menyatakan bahawa ‘tidak dinafikan perubahan fatwa dengan perubahan zaman’. Tetapi hendaklah dibezakan bahawa di dalam ajaran Islam ada perkara yang tetap dan ada perkara yang berubah.
*Sila rujuk Kitab Rahsia Untuk Umat Islam.
0 comments:
Post a Comment