Jangan Rendah Diri Dalam Berjuang!!




Sesungguhnya orang-orang mukmin berjihad pada jalan Allah, mempertahankan akidah, cintakan agama, rindukan syahid dan ingin sangat bertemu dengan kekasihnya, iaitu khaliqnya. Sementara orang-orang yang ingkar dan kufur mereka berperang dan melawan orang mukmin untuk kepentingan duniawi semata-mata, kepentingan perut, hawa nafsu, ingin mendapat harta dan pangkat, ingin dikata orang berani, ingin mempertahankan tradisi lama dan tidak lebih dari itu semua.

Buktinya telah berlaku pertembungan antara hak dan batil, antara orang mukmin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dan golongan kuffar yang dipimpin oleh Abu Jahal di medan Badar, iaitu suatu tempat yang terletak antara Makkah dan Madinah. Para Mujahid muslim lagi mukmin tetap dibantu Allah Taala di dalam perjuangan mereka sekiranya mereka bergantung harap sepenuhnya kepada Dia. Tentera mukmin yang bilangan sedikit itu dilihat oleh tentera kuffar dua kali ganda lebih ramai dari mereka. Inilah hebatnya orang bersama agama Allah, berjuang meninggikan tauhid, Allah akan membantu dan memberi pertolongan.

Keadaan dan suasana bantuan ini dinyata oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya telah ada tanda bagi kamu pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir, yang dengan mata kepala melihat (seakan-akan) orang-orang mukmin dua kali jumlah mereka. Allah menguatkan dengan bantuan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu, terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati." (Surah Ali'Imran, ayat : 13).

Untuk itu wahai mujahid dan mujahidah, usahlah kalian merasa rendah diri dan rasa terhina dengan mihnah dan tribulasi dari musuh-musuh Islam, orang yang bertalam dua muka, double standard, golongan mutafiq ini. Kita ada tempat meghantarkan harapan yang utuh, tempat melepaskan lelah jihad, tempat berdoa, merayu menangis dan memohon bantuan, tempat melepaskan cinta syahdu di malam sunyi iaitu Allah yang Maha Perkasa. Hadapkanlah wajah kalian untuk meneruskan misi jihad ini walau sesusah mana sekalipun. Hiduplah dalam kemuliaan dan matilah juga dalam kemuliaan sebagai syuhada'. Janganlah kalian jadi golongan yang gugur di separuh jalan, tewas, rebah dan tidak bangun lagi selepas itu.

Lihatlah betapa kentalnya Tholut melawan Jalut, betapa ampuhnya akidah Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud, betapa hebatnya Srikandi Masyithah dan ahli sihir yang beriman mengglas akidah tauhid mereka, betapa kentalnya pengorbanan dan imam Jaafar ibni Abi Tolib dan Abdullah ibn Rawhah, Syed Qutub dan ramai lagi, semua mereka gugur sebagai syuhada' mempertahankan Agama Allah. Murninya jihad mereka, sucinya perjuangan mereka dan mulianya mati mereka. Syurga seluas langit dan bumi sedang menanti mereka.

0 comments:

TRANSLATOR

Powered By google