Dalil Kewajipan Berjihad

Banyak terdapat dalil kewajipan berjihad yang telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam kitab suci al-Qur'an, walaupun ada orang, sama ada yang mengaku menjadi penganut Islam dan lebih-lebih lagi pihak kuffar barat bila mendengar perkataan jihad, peperangan dan syahid, mereka menjadi fobia, takut, lalu menuduh Islam itu menganjurkan keganasan, Islam itu teroris, dan macam-macam tuduhan lagi.

Semua tuduhan ini berbentuk prasangka semata-mata. Mereka tidak mengkaji apa itu jihad, kenapa diwajibkan jihad, bila umat ini diwajibkan untuk berjihad, bagaimana untuk berjihad dan kepada siapa jihad ini dihalakan. Kepada pembelot, kepada penceroboh, kepada penakluk, kepada kuffar harbi, kepada penentang agama Allah ? atau kepada siapa? Semua ini disingkap oleh Allah Taala di dalam al-Qur'an yang mulia.

Di antara dalil kewjipan berperang dan berjihad ialah :
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, pada ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat :216).

Islam tidak menganjurkan keganasan dan memulakan peperangan. Peperangan dan jihad di dalam Islam hanya diizinkan apabila mereka dizalimi dan diperangi. Hatta di dalam peperangan pun Allah Taala melarang melampaui batas. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan perangi di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas. Kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas." (Surah al-Baqarah, ayat : 190).

Sementara orang yang syahid atau mati terbunuh mempertahankan Agama Allah itu dianggap hidup di sisi-Nya, iaitu hidup di alam yang lain, bukan alam kita ini. Di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan orang yang syahid itu. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu mati), bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah, ayat : 154).

1 comments:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

salam perjuangan,
Syukran atas info yang amat berguna ini. Perjuangan masih panjang, smoge kita semua istiqamah pada jalan ini. Terus menuju ke hadapan..

Hidup Mulia atau Mati Syahid

TRANSLATOR

Powered By google