Namun sinarnya itu mula malap menjelang akhir abad ke-18 kerana kelemahan pemimpin dan ummah, kejahatan Ataturk yang menjadi pengkhianat, hilangnya daya jihad, malapnya perasaan tanggungjawab, kurangnya daya taqwa dan keikhlasan, dan nipisnya daya iman. Sudah ada bibit-bibit cintakan dunia dan takutkan mati, suka mengejar kemewahan, kemegahan, kedudukan, pangkat, mengumpul harta kekayaan, suka dipuji, hilang jati diri, hilang pedoman, nawaitu telah beralih arah daripada Khaliq kepada makhluk, ummah mengejar keduniaan, keseronokan dan hiburan, lalu hilanglah kehebatan mujahid, kemuliaan tauhid, kecantikan akhlak, keabdian seorang hamba, tangisan seorag ruhban di sepertiga malam, kealiman seorang ulama’, keadilan seorang pemerintah, kejujuran pembantu dan keikhlasan pengabdian. Lalu melatalah kelumpuhan daya jihad, kesuraman daya taqwa dan ikhlas dan kejahilan ummah menyebar luas, pemimpin lari meninggalkan tugas dan ummah lari meninggalkan jihad, mereka meninggalkan amalan para Rasul sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, dan dibebani juga dengan faktor luaran di mana Barat dan Eropah mula kelihatan mengembangkan pengaruh kebencian mereka kepada ummah ini. Dulu Empayar Uthmaniah digeruni oleh Eropah, namun kini mereka digelar ‘Orang Sakit Eropah’. Dan dengan keadaan dan suasana hiruk-pikuk serta terasak dari semua penjuru akhirnya Khilafah Uthmaniah ini tercabut terus dari leher pemimpin dan ummahnya pada awal abad ke-20.
Selain daripada penyebab di atas, Mustafa Kemal Ataturk adalah manusia yang paling bertanggungjawab memusnahkah sistem Khilafah Uthmaniah Turki, di mana pengkhianatannya bermula semasa beliau dilantik menjadi panglima perang di Palestin.
Mengikut Dr. Ali Hassan, pada tahun 1924, di mana secara sepihak (tanpa pengetahuan pasukan panglima yang lain) Ataturk menghentikan peperangan dengan Inggeris dan mengundurkan tenteranya secara tiba-tiba. Dia memberi jalan kepada musuh untuk mara ke Utara Palestin tanpa sebarang tentangan sesuai dengan rencana yang telah mereka sepakati bersama Inggeris.Inggeris juga memujuk Kemal Ataturk untuk mengadakan pemberontakan terhadap Sultan dan Inggeris berjanji akan membantu rancangan tersebut. Ataturk menkhianati sultan Muhammad vi, dia menjadi tali barut Inggeris, munafik dan talam dua muka.
Kemal Ataturk memang jelas menjadi tali barut Inggeris, semasa dia dipilih Sultan Abdul hamid untuk memimpin bala tentera melawan pihak bersekutu dalam beberapa siri peperangan, dia berpura-pura berperang dan membuat lakunan yang anti dan amarah kepada tentera Inggeris, bagi mengelabui mata Sultan, dan pernah satu ketika hasil dari lakunan tersebut dia dianugerahkan dengan pingat gagah berani oleh sultan, sedang di tangan kirinya penuh dengan tipu muslihat dan perjanjian sulit dengan Inggeris untuk meruntuhkan Institusi Khilafah, sungguh pandai Kemal berlakun. Bila Khalifah, Sultan Abdul Hamid mengalami kelemahan dan terasak oleh pihak sekutu dan juga Inggeris, Kemal mengambil kesempatan untuk berkuasa.
Menurut pendapat Dr. Abdullah Azzam, Mustafa Kemal Ataturk dilahirkan di kota Yahudi, kota Salonika, di mana terdapat 100,000 orang Yahudi daripada keseluruhan penduduk kota berkenaan yang berjumlah 140,000 orang. Banyak sejarawan dan penulis yang mengembalikan asal usul dia dengan keturunan Yahudi, baik nasabnya, darahnya mahupun perbuatannya.
Kemal Ataturk berpendirian bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan merentangi tiga benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran republic Turki moden dengan :
- Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
- Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
- Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
- Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
- Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
- Menggantikan huruf arab dengan latin.
- Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
- Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
- Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
- Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
- 3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
- Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
- 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
- Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
- Melatih tentera cara latihan ala Barat.
- Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
- Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
- Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
- Mendirikan patungnya di setiap tempat.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf.
- 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
- Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
- 23 Mac 1924 Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan resminya oleh Mustafa Kemal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.
Setiap yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam juga akhirnya. Erea kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui ajalnya. Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya. Namun ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil. Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya.
Pada saat Mustafa Kemal terbaring di atas ranjang kematian, dia khuatir tidak mendapatkan seorang pengganti yang dapat melanjutkan usaha yang telah dirintisnya. Oleh itu dia telah meminta kepada duta Inggeris, Peres Lorraine untuk menggantikan tampuk pemerintahannya sebagai presiden Turki. Duta itulah banyak menasihat dan mempengaruhinya semasa Kamel berkuasa, namun tawaran itu ditolak oleh Peres kerana tidak sanggup berhadapan dengan masalah yang amat besar yang mungkin timbul. Kemal Ataturk kecewa dengan penolakan itu.
Di saat penghujung hayatnya, dia diserang sejenis penyakit akibat daripada ketagihan arak, cairan membusungkan perutnya secara kronik, darah mengalir dari hidung tanpa henti. Penyakit kelamin juga membaham dia, akibat sikapnya sebagai kaki perempuan, dia selalu megggaru-garu bahagian tubuh antara dua pahanya. Tubuhnya mengecil, kulit membalut tulang, menjadi semakin lemah dan tidak boleh bergerak. Dia mempunyi penyakit yang amat ganjil. Semasa sakit dia berteriak sepanjang hari sehingga teriakannya memasuki setiap ruang bilik istana yang menempatkannya, berat badannya susut sehingga 48 kilogram, giginya tanggal, dan di saat kematiannya dia mewasiatkan supaya jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada hari khamis 10 November 1938 pergilah Ataturk dari alam dunia dalam keadaan terhina, dilakna di langit dan dibumi.
“Mereka (ketika dibinasakan) itu tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi.” (Ad-Dukhan :29)
“Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab siksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi.” (Az-Zumar : 26)
Selepas kematiannya, Mustafa Kemal Ataturk dikutuk dan dilaknat oleh seluruh generasi ummah sepanjang zaman dan sehinggalah hari kiamat, kerana mengkhinati institusi khilafah umat Islam, menjadi tali barut Yahudi dan Barat, dan ada ulama’ berpendapat dia adalah Yahudi yang menyusup dalam pemerintahan Khilafah Uthmaniah, menjadi tali barut Inggeris, menjahanamkan institusi dan segala peradaban ummah Islam seluruhnya. Dia menjadi lambang manusia paling bejat, jahat dan paling zalim, penghnianat yang sukar dimaaf dan diterima ummah sepanjang zaman. Dia meningaal dunia setelah menghancurkan Turki, meleburkan Islam, memporakperandakan sistem kekeluargaan, meinjak-injak kebenaran, merosakkan syiar agama dan mengubah masjid menjadi gudang menyimpan makanan. Namun dosanya tetap dikenang sehingga ke hari ini dan sepanjang zaman.
Dan untuk akhirnya, pada saat ini, tahun 2008 ini, apakah mampu Perdana Menteri Turki sekarang Erdogan yang memimpin Parti AK, yang mendokong Islam, mampu mengembalikan keadilan Islam, apakah Dr. Abdullah Gul selaku Presiden dan isternya Khairunnisa yang bertudung itu boleh menongkah arus dan mampu melindungi ummah yang cintakan sinar Islam dan jihad kembali bersinar di Turki. Mampukan Erdogan dan Dr. Abdullah Gul berhadapan dengan golongan sekular yang didokongi kuat oleh pihak tentera dan para sekularis. Moga ilmu yang dikutip dari pemikir, ulama serta mujahid ulung Turki, Said Badiuzzaman Said Nusi dan sarjana serta intelektual Harun Yahya mampu menjadi sumber inspirasi oleh kedua pemimpin Islam ini. Moga Allah memberi kekuatan dan pertolongan dengan keikhlasan dan usaha gigih mereka. Moga Allah memenangkan Islam dan ummahnya. Moga empayar Islam di Turki khususnya bernadi dan menyambung hayat untuk hidup dan kembali bergema meggoncangkan kebanyakan pemimpin dan ummahnya yang sedang terlena.
1 comments:
Tuan kapten, mau jumpa anda macamana. Minum teh kosong aja.
Post a Comment